0

Suatu kisah Puteri Rasulullah saw

Dengan Nama Allah Y Maha PEmurah Lagi Maha Penyayang.

Dalam perjalanan pulang dari kerja tadi sempat jugak aku mengelamun.Apa la yang aku fikirkan aku pun tidak tahu..Kerja pulak tu tensen jer..Tapi itu dah adap kerja kene la sabar.

Tiba di satu Traffic light..Aku terlihat Satu Singn Board "Car Wash OKU".Sekelilingnya tersergam cantik dan kemas halaman rumahnya.Terpandang aku Melihat Si anak kecil duduk di tangga.Termenung.!!!

Apa yang difikirkan si kecil ini, "betak hati ku sendirian".Fikir masa depankah ? Detik hatiku lagi.Aku pun beralih pandangan..Ohh..!! rupanya si kecil tadi melihat si ayah sedang Membasuh kereta.Kereta pelanggan mungkin..Kata hatiku..Memang si ayah orang yang kUrang Upaya.dibantu pula isteri dan si ibu si kecil tadi.Bersungguh-sungguh si ibu menolong suaminya demi mencari rezeki untuk menyara anaknya.Ya allah.sungguh Mulia Kerjanya.kata hatiku lagi.

Melihat akan situasi itu hatiku terasa sayu.yelah mana tidak nya.aku patut bersyukur kerana Allah memberikan aku kehidupan yang lebih baik dari Keluarga tadi.Mungkin..?

Lantas teringat akan suatu kisah Puteri Kesayangan Rasulullah saw iaitu Fatimah Az Zahra yang begitu sabar,tinggi budi pekerti yang tiada tolok bandingnya menolong si suami dalam semua hal dikala susah mahupun senang.



Suatu hari Rasulullah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah az-zahra. Setiba di kediaman putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW berucap salam lalu masuk. Ketika itu beliau mendapati Fatimah tengah menangis sambil menggiling Syaiir (sejenis Gandum) dengan penggilingan tangan dari batu. Seketika itu Rasul bertanya kepada putrinya. “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah tidak menyebabkan matamu berderai.” Fatimah menjawab, “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumah tangga inilah yang menyebabkanku menangis.”

Kemudian duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Lalu Fatimah melanjutkan. “Duhai Ayahanda, sudikah kiranya Ayah meminta kepada Ali, suamiku untuk mencarikan seorang jariyah (budak perempuan) untuk membantuku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan rumah?”



Maka bangkitlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya beliau mengambil sejumput gandum, lalu diletakkannya tangan beliau di penggilingan seraya membaca “Bismillah.” Ajaib, dengan seizin Allah SWT penggilingan tersebut berputar sendiri. Sementara penggilingan itu berputar, Rasulullah bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah gandum itu tergiling.. “Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.” Maka penggilingan itu pun berhenti berputar.

Lalu dengan izin Allah pula penggilingan itu berkata dengan bahasa manusia, ”Ya Rasulullah, demi Allah yang telah menjadikan tuan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya. Seandainya tuan menyuruh hamba menggiling gandum dari timur hingga ke barat pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu, keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan-Nya. Maka hamba takut, wahai Rasulullah, jika kelak hamba menjadi batu di neraka.” Lalu bersabdalah Rasulullah SAW, ”Bergembiralah, karena engkau adalah salah satu Mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga.” Maka bergembiralah penggilingan batu itu.

Lalu Rasulullah bersabda: ”Jika Allah menghendaki, niscaya penggilingan itu akan berputar dengan sendirinya untukmu. Tapi Allah menghendaki dituliskannya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskannya beberapa kesalahanmu. Dan diangkatnya beberapa derajat untukmu. Bila seorang wanita menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menuliskan baginya setiap butir gandum yang digilingkannya satu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.“

Kemudian Rasulullah meneruskan nasehatnya, ”Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika wanita itu menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit. Wanita yang meminyaki dan menyisiri rambut anaknya, serta mencuci pakaian mereka, Allah akan mencatat pahalanya seperti memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang telanjang. Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya, Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautsar di hari kiamat.”

Rasulullah SAW masih meneruskan nasehatnya, ”Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jika suamimu tidak ridha, aku tidak akan mendoakanmu. Tidakkah engkau ketahui, ridha suami adalah ridha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT?”

“Apabila seorang wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat. Dan Allah mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit karena akan melahirkan, Allah akan mencatatkan pahala baginya seperti pahala orang-orang yang berjihad. Apabila ia melahirkan, keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaan saat ibunya melahirkannya. Apabila ia meninggal dalam melahirkan, ia meninggalkan dunia ini tanpa dosa sedikit pun. Kelak ia akan mendapati kuburnya tersebut sebagai taman-taman surga. Dan Allah mengaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.”

”Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta dengan niat yang benar, Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan akan mengenakan seperangkat pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut ditubuhnya, seribu kebaikan (setiap helai seribu kebaikan). Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah memandangnya dengan pandangan Rahmat.”

”Wahai Fatimah, bagi wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau menata rumah dengan baik untuk suami dan anaknya, maka berserulah para malaikat untuknya: ‘Teruskanlah amalmu, maka Allah telah mengampunimu dari dosa yang lalu maupun yang akan datang”

”Wahai Fatimah, wanita yang mengoleskan minyak pada rambut dan janggut suaminya, serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah akan memberinya minuman dari sungai-sungai surga. Dan kuburnya akan menjadi taman di surga. Dan Allah akan menyelamatkannya dari api neraka, serta selamat dari titian Shirotul Mustaqim.”

Dari Abdullah bin Amr Al Ash ra, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah suatu perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang shalihah.”(HR. Muslim).

Sungguh besar pengorbanan puteri kesayangan rasulullah saw terhadap suaminya dan juga terhadap Agama Islam sendiri.Aku merasa sangat kerdil tatkala mengenang peristiwa tadi.Ya Allah ku Panjatkan Syukur Ku Padamu.

Tetiba suatu bunyi yang acap kali yang pernah aku dengar sebelum ini..

Pon..pon.pon..ping....ping...pon...ping....poon..........

#@#$%&^&&^^%$#@%^***%$@!@#$^&^@#$^#$%^&**&^$#@#$%&^!@#$@#$%^&&^
&^@#$%^&*&^%#$%^&&#$%^&*&^%#$%^&&^%$%^&**&^%$%^&&#$%^&@#$%^&

Eh eh eh eh.... dah lampu Hijau rupanya.Masyaallah.Tak Pasal-pasal kne Maki dek org..Hampeh..

Sekian
0

Ikhtilat Ikhwah & Akhawat, Bagaimana Dengan Kita ?

Dengan Lafaz Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari tu Aku janji nak cerita pasal Ikhtilat kan.Ok after research punya research.cari punya gali..Rasanya dah boleh nak publish kan kot..Sebab aku bimbang jugak apa yang aku taip ni tak betul apa yang dimaksudkan dengan Ikhtilat Ikhwah & Akhawat ni..Tapi bila difikirkan tak mengapa la..Andai ada tersilap tu aku mintak komen dan betulkan apa yang silap.

Jadi Apa maksud Ikhtilat Ikhwah & Akhawat ini, Bagaimana Dengan Kita ?


Persoalan mungkin, ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita? Terkadang aku berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan atau aku akan hanya dikata orang sebagai ketinggalan. Aku sedar ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun otak aku tetap berkeras mahu membekaskan tulisan atas tajuk ni. Harapan aku hanyalah satu, sebagai satu perkongsian. 

Seseorang lelaki mahupun wanita itu hendaklah apabila telah cukup ilmu dan fahamnya tentang agama Islam,  haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat mahupun tidak kurang juga yang mendakwa sebagai rakan chatting atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai 'Platonik'

Hubungan Cinta

Pada hakikatnya mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah nafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama akad. Selalu sangat kita dengar ungkapan 'i love u' atau yang lebih islamik sikit mengungkapkan kalimah cinta dengan 'Ana uhibbuka/ki fillah'.

Ungkapan pertama mungkin hasil didikan barat dan aku yakin ramai dikalangan kita samada islamic student mahupun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini.

Namun aku gusar bila terkadang mendengar ungkapan yang disaran oleh Nabi SAW digunakan dlm menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah islamiah disalah gunakan.  

Unjuran nabi agar perkataan 'Ana uhubbuka/ki fillah' digunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah islamiah disemarakkan kerana irtibat dengan ribatan iman dan Islam adalah kemuncak hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan.
Tapikan hari ini aku melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa gahirah cinta antara lain jantina.

Pepatah arab ada menyebut ;

Mula-mula salaing pandang memandang, kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata "Hai assalamualaiku, boleh berkenalan" dan akhirnya temu-janji dibuat.

Platonik

Hubungan jenis ini sebenarnya lagi bahaya kerana sifatnya yang tersembunyi dan terselindung disebalik istilah hubungan kawan, adik angkat dan abang/kakak angkat atau apa jua hubungan yang langsung tidak melibatkan perasaan cinta pada awalnya.

Sejak sekian lama aku memerhati  berkenaan dengan hubungan ini hinggalah akhirnya aku menjumpai istilah yang membezakannya dengan hubungan cinta biasa. Kesimpulan yang aku jumpa menunjukkan bahawa hubungan ini juga adalah tidak syarie dalam Islam. Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilah antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan.Susah untuk faham sebenarnya..

Dalam Maqasid Syariyyah ada disebutkan antara 5 kewajipan manusia yang seharusnya dijaga dan diberi perhatian adalah menjaga nasab dan keturunan. Justeru mana mungkin lelaki dan perempuan yang diharamkan oleh agama untuk berikhtilat dalam erti kata samada berhubung rapat penuh nafsu atau persahabatan dan ber'angkat' kononya langsung tiada rasa cinta dihalalkan oleh selera dan nafsu kita. Bukankan hidup bertunjangkan syariat dan agama adalah selamat dan yang pasti akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.Fahamkan maksud aku..huhu.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Adoi., Namun apapun alasannya,menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita. 

Aku Melihat masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Tidak lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

Petikan ini aku ambil dari salah satu buku

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." 

Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan
Harap faham la yer apa yang dimaksudkan itu yer.

4. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

5. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

6. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)
c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

e. Rasulullah SAW. bersabda,

"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)
f. "... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini. Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus ke lembah becak kemaksiatan.

Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini.

p/s : sedikit sebanyak ia memang berlaku dlm hidup kita.Berusaha lah untuk menjadikan hari ini lebih baik hari esok.sebab aku pun rasa macam terbias je.bukan sedikit tapi banyak tu..hrp ia bermanfaat buat kita semua..
 


2

Entry yang Mengarut

Mendapati bahawa satu wabak VIRUS Cin merebak dengan menular. Apakah sudah masuk musim cinta??? Oh, maybe tidak kene mengena....

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati :

    * Kerap berdebar tidak menentu masa.

    * Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantun g / dada berdebar dengan laju.

    * Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

    * Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

    * Sering mencungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun mencungap.


Kajian mendapati beberapa punca dikenalpasti :

    * Mandi xpernah basah...coz nak elak bayar bil air yg byk...juz gosok gigi & basuh muke je

    * Makan xpernah kenyang...coz nak save duit byr hutang PTPTN

    * Tido xpernah nyenyak..coz nyamuk banyak..xmampu nak beli shieldtox


Langkah-langkah yang paling terbalik diambil adalah spt berikut :
    * Angin meniup : ambil angin malam sambil nyanyikan lagu MALAM KU BERMIMPI.Lakukan setiap malam jumaat (mlm sedap)

    * Bagi KANDA mereka yang kerja malam DINDA lak keje siang..bila nak bertemu??? xperlu bertengkar x perlu bermasam muka..ada penyelesaiannya...komunikasi,sikap toleransi, itu yang diperlukan....

    * Kalau masih xberjaye jugak....cukup-CUKUP INDAH la tu..kene redha dgn ketentuanNya....mesti pasangan anda paham dgn keadaan anda coz dia mesti tahu

      "kau mahu ada di hati untuk didampingi untuk disayangi"

       MASALAH UTAMA : KAMU SUDAH JATUH CINTA

       JADI MOH PEKENE PROSPERITY SAMBIL LYN SKALI NGN NESCAFE.......

0

Mesyuarat Agong Pas Cawangan Pujuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah Bersyukur ke hadrat-nya



Mesyuarat Agong Pas Cawangan Pujuk Sudah pun Selesai Untuk Fasa Pertama Tahun Ini.
Semua Pemuda,Muslimat,Pejuang dan Penyokong hadir untuk Membincangkan hal-hal berkaitan yang membawa kepada Perjuangan Pas.Turut Membincangkan berkenaan pemuda-pemuda kampung bagaimana cara untuk membimbing mereka ke arah jalan yang betul.Jalan yang membawa harapan kepada mereka.

Tak sempat aku nak post kan semalam kerana terlau letih dengan persiapan walaupun kesihatan aku begitu terbatas sekali,Namun Alhamdulillah Segar jer mata ni.melihat rakan-rakan yang balik dari mesir berkumpul bersama dalam mesyuarat kali ini. =)

Perasmian Telah disempurnakan oleh Ustaz Rezki bin Zakaria iaitu Naib Yang dipertua PAS kawasan/Pensyarah Kudqi..Terngiang lagi kata-kata nya di telinga ini.
"Kita Bukan Bermain Politik, Tetapi kita bekerja dan berjuang untuk Menegakkan agama Allah"

Begitulah Ucapannya sebelum beliau merasmikan mesyuarat tadi.

Begitu banyak sekali program yang dirangka untuk pemuda-pemuda kampung tahun ini.Moga Program yang dirangka ini mampu memberi pendedahan berguna pada rakan seperjuangan Ku.

Hidup Islam.Insyallah..

p/s : Kene p tido dulu.Aikks rs cam rindu plop kt ......? =)) ermm nanti kalau bangun aku rasa nak cerita pasal ikhtilat.Dh buat research cikiut tadi.huhu.hrp dpt berkongsi..
0

~ Cinta Organik ~

Assalamualaikum..



huh tengah syok duk kemas-kemas barang yang nak bawak prgi kerja besok terlayan kejap cerita Cinta Organik..ingatkan cerita apa..hampeh betol cerita ni.huhu..Tapi kelakar mencuit hati jugak la.huhu

Cerite dia mengisahkan seorang pemuda yang baru sedar betapa pentingnya makan makanan yang berkhasiat dan yang organik!!! Mana tak sedarnya kawan2 dia yang kuat makan sama mcm dia meniggal pada usia muda.sebab amal makan makanan yg tak berkhasiat.

Mulalah dia mencari sayur-sayuran organik. Malangnya dia mula menyusahkan mak dia untuk turut mencari cinta & isteri yang organik!!! Sebab apa? sebab mak dia cakap kalau mkn sayuran yang organik boleh menghindarkan penyakit & menghilangkan penyakit..Lantas dia pun berangan nak cari cinta & perempuan organik.. X ke pening mak dia.

Adoi..huhuhu..sakit jgk la perut aku..

Tapi kalau nak tgk citer ni ko org download la sendiri.kat sini aku link mendownload citer ni.

1- http://www.fileserve.com/file/S6zFF4j
2-http://www.fileserve.com/file/E2b5Q8D
3-http://www.fileserve.com/file/VW6Eb6k

download ni bila dah siap download cemua.dan Join kan ketiga-tiga fail.
1-http://hjsplit.en.softonic.com/download

selamat menonton yer.
0

Hakikat Cinta Abadi


Assalamualaikum...
Dengan Limpah Kurnia dan Rahmat Ilahi dapat lagi aku menaip lagi entry kali ini.Tapi Entah kenapa perasaan something tu datang aje..Jadi aku mengesearch sekejap tentang Cinta.

Ya tidak dapat aku sangkalkan lagi memang banyak cabangnya cinta ini.Namun hanya satu cinta saje Yang Bercahaya ,Berkilau, Bermakna, Suci dan Dirahmati Iaitu Cintakan Allah dan Rasulullah..

Memang sudah aku ketahui namun tangan ni asyik gatal jer nak menulis entry sebegini.
tidak Mengapa.At least tidak lah kosong sangat blog aku ni.


Hasil simple survey

Hakikatnya Cinta adalah bahagian dari fitrah, orang yang kehilangan cinta dia tidak normal tetapi banyak juga orang yang menderita kerana cinta. Bersyukurlah orang-orang yang diberi cinta dan dapat menyingkap rasa cinta dengan tepat.

Hikam:

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kembali yang lebih baik.” 
(Al-Qur`an: Al-Imron ayat 14)


Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

Cinta memang sudah ada didalam diri kita, diantaranya terhadap lawan jenis. Tapi kalau tidak hati-hati cinta bisa menulikan dan membutakan kita.

Cinta yang paling tinggi adalah cinta kerana Allah kerana cirinya adalah yang tidak memaksakan kehendaknya. Tapi ada juga cinta yang menjadi cubaan buat kita iaitu cinta yang lebih cenderung kepada maksiat. 
Cinta yang semakin bergelora hawa nafsu, makin berkurang rasa malu. Dan, inilah yang paling berbahaya dari cinta yang tidak dapat dikendali dengan betul.

Islam tidak melarang atau mengekang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta tetap pada relevan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Kalau kita jatuh cinta harus berhati-hati kerana seperti minum air laut semakin diminum semakin haus.

Cinta yang sejati adalah cinta yang setelah akad nikah, selebihnya adalah cubaan dan fitnah saja.
Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah jaga pandangan, jangan berkhalwat berdua-duaan, jangan dekati zina dalam bentuk apapun dan jangan saling bersentuhan.

Jadi Marilah kita mengalihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan memperbanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdaya oleh nafsu, karena nafsu yang akan memperdayakan kita. Sepertinya cinta padahal nafsu belaka. 


Thanks Allah,Memberi dan Mengurniakan rasa itu yang sungguh indah dan sukar aku mengungkapkan dengan kata-kata..hanya ucapan Syukur Alhamdulillah aku lafaz kan..Semoga Cinta Aku PadaMu berkekalan.
Insyallah hu taala minhu zholimin.

p/s: Yang penting lagu best jer.layan jer..klo bising mute kan..hoho
3

Sayangku, Sakit Lagi!!!!!..

Sakit lagi ker...??..

Kenapa ni..Kenapa sakit teruk sangat ni..

Dah pergi "klinik" ke ?..

 Belum Lagi..Kenapa ?..

Ooo... Tak cukup duit..

Tak apalah..Moh kita pergi jumpa "Doctor"..Kita check Sayang sakit apa.Mudah Mudahan ada ubat nya nti

Setelah diperiksa, Si Doktor pun Berkata ...

"Sebenarnya tidak ada apa Cuma "Gigi Sebelah Kanan" Longgar aja..Jadi kita kne Operate sedikit.Kene cabut la..Nti tak la sakit dan bergoyang sangat..

Sayangku Teerkejut !!!.. Apa Gigi sebelah kanan "Longgar"..

Ye, Kata Doktor itu lagi..

Saya dah datang minggu lepas..Ermm saya rasa doktor salah cabut kot minggu lepas.Doktor cabut Gigi sebelah kiri..Sebab saya Balik sakit nya sama aje.

Doktor tu pun terkejut jgk, "oh, yeke..hehe.

*ngn muka tak boleh bla.Kasihan kat sayang,.

"Tak Mengapa,Guna duit ni yer". Kata Aku lagi

Dengan selamba Doktor tu berkata,

"Maaf la, Saya ni Rabun Dekat dan ada Juling mata Ckit..
Ooo patut pun nampak cam Ngok Ngek jer td Doc ni..hohoho.

Dengan Rela hati, Sayangku pun Duduk Diam-diam..

Bagi ubat Bius Sedikit..Lepas tu Kena Tunggu ubat tu menyerap dulu..

Tengah tunggu2 tu boleh pulak Si Doc tu Menyalakan api lalu mencucuh rokok..Adoii...Busuk Maa..Tak Suke  r...hoho..

Ok dah "Ready dah nak Cabut, Duk Diam-diam cayang yer..

Adoooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......................


Ok dah Siap dah..Akhirnya...

Doc kata jangan laju-laju..sebab manja..aku menggaru kepala..hihi..

* Mentang-mentang la tuan yer tak sihat. Ko pun nak buat hal jugak ek..Banyak cantik..lps ni dah buat hal..sakit kepala aku nak jaga maintainance Ko..

Hampeh tol..

Bebelan ntah pape pagi2 buta ni
Sekian..

0

Wirid & Doa selepas Sembahyang

Aku ingin Berkongsi pada semua.Moga ilmu ini berguna.Fikir-Fikirkan & Selamat Beramal








DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG



Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
3

Sujud Syukur Ku


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Sudah dua tiga hari aku rasa tegang pada dada.Kadang-kadang sungguh susah untuk bernafas.Beginilah hidup aku setiap hari sejak 8 bulan yang lalu.Alhamdulilah aku mampu lagi untuk bertahan.Namun dua tiga hari ni.aku terasa sangat tidak larat.Untuk bangun menunaikan solat fardhu pun aku memaksa 4 tulang kerat ku supaya gagahkan diri juga.

Selepas berwhuduk aku terasa semacam nak terjatuh.Pening..Berputar rasanya.sakit nya dalam kepala.Aku gagahkan diri memapah dinding hingga ke bilik.Aku pun tidak tahu adakah sakit ini mampu aku tanggung ?..Terasa Hangat saja pada kelopak mata.Namun aku tahan.SABAR itu lebih penting.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Terlintas juga Difikiran aku "Ya Allah, Kiranya Mati itu Baik UntukKu, aku Redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin Mendengar kata-kata semangat dari Rasulullah s.a.w. sendiri." itu saja yang mampu aku fikirkan untuk menenagkan hati ini..Oh Allah.berikan aku kesabaran yang tinggi darjatnya, setinggi kesabaran mukmin yang sejati.



~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Disaat berduka itu hati bersuara supaya kita kmbali mencari di mana kita berpijak..megenal siapa pencipta yg sentiasa ada disaat kita merayu, meratap, meminta pertolongan..Namun penantian itu tetap akan mmbuahkan hasilnya..Jangan pernah mengeluh dengan setiap kedukaan yg dialami.Percayalah hidup tidak selamanya dlm kesedihan.

Putaran dunia mmberi kita 1 garis panduan supaya kita tidak lupa diri jauh dri NYA.Dengan itu tuhan memberi kita cubaan yg kita mmpu menanggungnya.Tuhan tidak kejam untuk memberi sesuatu yg tidak mampu kita pikul.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Percayalah setiap insan yg diduganya dan diberi cubaan itu adalah antara hamba2 yg terpilh untuk sentiasa dekat dengan-NYA..

AKU SUJUD SYUKUR padaMU Ya ALLAH...


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Engkau Maha Pengampun Maha Mengasihani..Permudahkan urusan ku di muka Bumi ini Ya Allah..
Tiada kata seindah berzikir kpd mu Ya Allah.Penantian hari ini memberi ku ketenangan walaupun tidak sepenuhnya.Namun ak tahu inilah hasilnya seandainya kita sebagai khalifah sentiasa mengamalkn.
USAHA-DOA-TAWAKAL-REDHA

Biarpun kadang2 kita ditimpa musibah anggaplah musibah itu adalah jalan supaya kita tidak jauh darinya Yang Maha Mencipta.Setiap nafas dan nyawa ini milikmu Ya Allah..Aku hanya peminjam yg Hina, kdg2 tidak menggunakan nikmat ini dengan sebaiknya dan sepatutnya untuk menuju destinasi cintaMU yg ABADI,,

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ingin kutitip Untaian kasih yg merintih ini, namun hatiku berbisik.


"lihatla hakikat dirimu yg sungguh jauh dari jalan itu.Lantaran itu aku kemudi bahtera belayar menuju ke detinasi itu.Biarpun kadang2 aku karam dek samudera yg ganas menerjah.Aku tetap meredah biarpun bayu bersuara.Agar aku bisa bersemadi dengan kenikmatan yg selamanya..agar aku sntiasa berada di bawah naungan kasih yg abadi.Agar aku jauh dari keasyikkan yg bakal merosakkan jasad aku.Yang bakal menjadi makanan duniawi."

Oleh itu aku sujud syukur padamu Ya Allah.Dengan kenikmatan yg aku perolehi selama ini jika dibandingkan dengan sakit yang aku rasai ini.Segalanya sungguh indah dariMU Ya Allah.Tiada bahasa yg dapat ku~Ungkap~kn.Tiada pena yg dapat~ku coretkan untuk Aku meluahkan rasa SYUKUR ini...

Syukur Alhamdullilah.........
3

Bila 2 Hati Bertemu dan Berpisah kerana Allah



Abdurahman bin Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallalhu'anhu dan isterinya Atikah binti Amr Nufail radhiyallahu'anha adalah dua insan yang saling mencintai,menyayangi dan hatinya selalu terpaut antara satu sama lain. Dua sejoli ini sama-sama memiliki kekuatan agama, sama-sama soleh dan sama-sama mencintai Allah dan RasulNya. Mereka saling mencintai dengan cinta yang sulit digambarkan dengan lisan, tidak pula dengan tulisan.


Melihat hal ini, Abu Bakar menjadi gundah, ia khuatir akan iman mereka. Jangan-jangan kecintaan mereka kepada pasangannya membuat mereka lalai menapaki agama. Lalu apa yang dilakukan Abu Bakar menyingkap keadaan ini? Sungguh diluar dugaan, ia meminta Abdurahman untuk menceraikan isteri tercintanya, Atikah radhiyallahu'anha. Dan subhanallah, mereka pun bercerai.

Cinta yang suci diikat dengan agama, dibingkai sutra kasih,dihias rasa sayang, bertabur bunga rindu itu, kini harus berakhir. Khuatir kalau-kalau dengan kecintaanya masing-masing menyebabkan mereka lalai terhadap agama. Padahal cintanya suci,sah dan ada dalam lingakaran syariat.


Sekiranya hal ini terjadi kepada kita,mampukah kita melakukannya?? Sanggupkah kita seperti mereka? Sukar dibayangkan, apatah lagi dilakukan, kecuali bagi mereka. Mereka dipilih oleh Allah, manusia didikan Rasulullah dan manusia-manusia yang tinggi darjatnya.


Adakah kita akan menemukan orang-orang seperti mereka? Yang sering kita dengar adalah orang yang sering menghalalkan segala cara, tidak mengindahkan agama hanya demi cinta sang kekasih pujaan hati.Nauzubillahiminzalik..

Katakanlah,"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. 
                                                                                              At-Taubah 9:24


Walaupun Abdurahaman dan Atikah berpisah, tapi mereka tidak ada rasa benci, marah ataupun dendam di antara mereka. Kecintaan mereka berdua tetap melekat pada diri masing-masing, mereka saling rindu dan merindukan satu sama lain. Teladan mulia dari sahabat yang mulia. Mereka berpisah bukan kerana tidak sepadan, bukan kerana benci atau ada ketidaksefahaman, tetapi kerana saling menyayangi dan mencintai.



Abdurahman adalah pemuda yang soleh dan Atikah adalah seorang wanita yang solehah, berbudi pekerti luhur, bersifat pemalu dan lembut kala bertutur kata. Begitu kuat cinta antara keduanya.Begitu kuat cinta Atikah kepada suaminya dan begitu pula cnita Abdurahman kepada Atikah. Suatu hari, Abdurahman bermunajat kepada Allah untuk mengadukan perasaan hatinya dengan syair,

Demi Allah tidaklah aku melupakanmu
walau matahari kan terbit meninggi
dan tidak berurai air mata merpati itu
kecuali berbagi hati

Tidak pernah kudapatkan orang sepertiku
menolak orang seperti dia
Dan tidaklah orang seperti dia
ditalak kerana dosanya

dia berakhlak mulia, beragama,
dan bernabikan Muhammad
Berbudi pekerti tinggi
bersifat pemalu dan halus tutur katanya


Melihat kesediahan dan tangis Abdurahman, Abu Bakar berasa hiba. Timbul rasa kasihan melihat anaknya menderita. Akhirnya ia berkata, 
"Wahai anakku,rujuklah engkau kepadanya kalau memang engkau tidak dapat melupakannya"
Keduanya diizinkan kembali rujuk dan mereka pun kembali hidup dalam naungan cinta Allah dan RasulNya. Mereka harungi hidup denga penuh kebahagiaan.



Kisah di atas adalah sebuah illustrasi yang memberikan gambaran agar kita berjiwa besar, berlapang dada, dan sentiasa husnuzhan kepada Allah SWT. Apalagi ketika mengalami kegagalan cinta, ditolak lamaran misalnya. Kita tidak sakit hati, tertekan, apalagi bunuh diri. Tetap lapang dada, berjiwa besar, dan memahami bahawa ini adalah yang terbaik dari Allah.

Jadi bagaimana dengan posisi orang yang ditembak,padahal telah berusaha bersikap wajar dan halus dalam menolak cinta agar tidak terjadi pemusuhan, tetapi si dia-penembak-tidak mahu menerima kenyataan,yang pada hujungnya malah memusuhi?


Jika hal demikian terjadi,ada nasihat dari Ustaz Solehudin Fadjri,beliau berkata ,
" ana saudara antum,antum saudara ana. Walaupun antum tidak menganggap ana saudara, ana tetap menganggap antum sebagai saudara"

"Dan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah aku kepada Allah, sesunggunnya Allah amat berat siksaNya"
                                                                                                      Al-Maidah 5:2


Semoga Allah memberikan hikmah, kekuatan dan kemampuan berlapang dada, rela hati dan ikhlas di saat Allah mentakdirkan untuk berpisah. Semoga kita memaknai pertemuan dan perpisahan sebagai kehendak Allah dan yakin bahawa Allah memberikan yang terbaik buat kita. :)




from the book,





book?yup..best kan? :)) ...mestilah penulis yang hebat yang tulis..namanya  Zauhari Al-Zanki. Orang Indonesia. Buku ini mengandungi banyak nasihat dan kisah kisah yang best dan memimbing sesiapa yang sedang dilamun cinta agar tidak tersasar dari landasan agama. penulisan yang bercorak santai, mampu menarik minat para remaja untuk membacanya..
haha,jual buku lak aku ni...encik Zauhari Al-Zanki kena bagi buku free lagi satu kat saya nih.hehe,bisa ngak?? :)


back to the story...sedih kan kalau kena berpisah,bercerai dengan orang yang tersayang? mereka lagi sedih sebab perlu berpisah selama lamanya,tapi mereka akur, sebab mereka taat kepada Allah..last last kan dapat bersama balik..sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


"mintalah padaKu,nescaya akanKu perkenankan"


kita??hanya perlu berpisah seketika kerana mengejar cita cita dan keredhaanNya. we disappear a second,and will be back forever,insyaAllah.


apa apapun..kita semua tak dapat nak elak bila Allah dah membuka pintu hati kita untuk seseorang. Tapi kita harus mengawalnya dengan baik, jangan biar nafsu yang kawal kita,kita yang King,kitalah yang kena kawal nafsu. risau nanti cinta tu tak kemana pun..biarlah cinta kita sentiasa diredhai Allah..

 
saya nak jadi....

 

so saya tak nak hampakan harapan ibu bapa..
mak ayah,abang hargai semua jasa dan pengorbananMu
sungguh nih,
mak ayah takyah risaw sangat kat abg?
doakan abg..



*mak ayah tak baca blog..*
:((


aku : mak...bacalah blog abg..
mak : apa dia menatang blog blog tu?aku tak taw aih..
aku: dia macam,abg tulih tulih, bagi orang baca..mak baca gak eh..
mak : mak nih bukan nampak sangat dah aih..menatang apa mung tulih ni?
aku : hehe...

*dialog rekaan yang aku tataw nak sambung dah..*

akhir sekali~!!




0

Stop Bother!!!!!!!


Selamat Tengahari....

Selesai Sahaja aku menyiapkan 2 Buah laptop cikgu.Rosaknya Macam-macam..

----------------------------------------------------------------------------------------------
Siap sahaja terus aku melekat dekat meja komputer dalam makmal.Internetlah tu..
Bukan Apa lagi 1 jam aku nak balik kampung dah..Jadi Aku ingat nak berblog la sedikit.
Kalau balik kampung nanti susah sedikit untuk berblogger.Layan Kerenah adik banyak sangat.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi tengah best aku duduk terfikir apa yang hendak dituliskan entry kali ini..klik sana klik sini..
Tetiba sahaja Mood Aku Berubah.Sebab apa?????.....Geram pun Ada.Tapi buat apa geram.
Itu bukan niat aku.Orang yang salah Anggap.Lantaklah..Sekurang-kurangnya aku sudah bagitau yang sebenar
dan aku tidak akan sekali kali berkata sebegitu selepas ini KECUALI....!!!!!!!!!??????
Buat Apa nak cerita sekarang.kita tunggu andai betul itu takdir Yang Allah yang tentukan..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Hati susah untuk difahami.Biarlah lah aku Bahagia dengan apa yang aku rasa sekarang.
Mencintai Allah Dan Merindui Rasulullah adalah perkara yang bahagia.Mendampingi dengan orang
orang yang berilmu dan rakan-rakan seperjuangan yang mengajak ke arah kebaikan lebih tenang
dan lebih bahagia rasanya.Menghargai Kedua ibu bapa lebih indah dan bermakna.Usah memikirkan orang yang sukar memahami kita..

So..Stop Bothering...Who?? only myself  knows who He or she is...Stop.....Stop...Stop..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s :
We Sometimes Got Busy
      That We May Not Make a Fuss
      About the Ones We Care For
      And Who Means So Much To Us

BUT...
You can be Sure you're thought about
And loved a whole lot too
Because there could never Be
Anyone More dear than You.
      
              
4

Jurus Tunggal


 

Assalamualaikum ..

Banyak nyamuk pagi-pagi ini..adoii..ketik sini ketik sane..gigit atas gigit bawah...

zzzzzzzzzzzz...zzzzzzzzzzzzzz....ssyyyuuurrrrr..sssyyyuuurrrrrrrrr....

sembur Fumakila...Fuh Lega....haha.

.
3 hari lepas sempat aku pergi jenguk adik aku sorg ini duk tranning Silat..Yela Dah 2 tahun jadi pelapis..
Tahun ini Bermula cabaran sebenar..Silat Remaja Dunia Kembali..Tahun Lepas dapat gangsa..Tahun Ini terbaik la..Dari segi persiapan memang cukup mantap..

Hope dia brjaya la kali ini..Terasa macam nak aktif balik jer..Tapi nak buat camne..Tidak secergas dulu..haha..:-p

Dulu time aku aktif, mak asyik marah ajer kat aku..Tension aku..huhu...Tapi time adik aku ini siap bagi sokongan lagi.Mana Taknya.Pergi Tranning pun dapat Elaun..Makan Cukup..Travel Sana Sini..Semua Org Support...adoiii..Tapi Tak Mengapa la..Yang Penting dia terbaik pada aku..

P/S : Kalau menang Abg nya dapat upah jugak nanti..haha.... =)

Apa-ape pun kita tunggu keputusan nya Nanti....

up up up...dissshhhhhh.....

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...