LARI TAKDIR KPD TAKDIR &HAKIKAT TAWAKAL

LARI TAKDIR KPD TAKDIR &HAKIKAT TAWAKAL

Sepintas lalu,sekerat ayat yang baru dibaca..

ALBUKHARI MERIWAYATKAN BAHAWA UMAR AL-KHATTAB RA WAKTU BELIAU KELUAR KE TANAH SYAM,AMIR KAWASAN SYAM MELAPORKAN MEREBAKNYA PENYAKIT YG BERJANGKIT.LALU BELIAU MEMINTA PENDUDUK DARI GOLONGAN MUHAJIRIN,ANSAR DA KETUA-KETUA QURAISH YG KELUAR KE MEDAN JIHAD.GOLONGAN MUHAJIRIN BERSEPAKAT SUPAYA TIDAK MEMASUKI SYAM DAN TERUS KEMBALI KE MADINAH DAN UMAR PUN BERPENDAPAT BEGITU.LALU
BERKATA  ABU UBAIDAH 


“APAKAH ENGKAU LARI DARI TAKDIR ALLAH?”
 
UMAR MENJAWAB “MOGA-MOGA BUKAN ENGKAU YANG BERTANYA DEMIKIAN WAHAI ABU UBAIDAH.YA,KITA LARI DARI TAKDIR KEPADA TAKDIR ALLAH JUGA.APAKAH PENDAPAT ENGKAU,KALAU ENGKAU LETAKKAN UNTA ENGKAU DI SUATU WADI YANG ADA LEMBAH,SATUNYA SUBUR DAN SATUNYA LAGI KERING.JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG SUBUR TIDAKKAH BERERTI ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH?DAN JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG KERING,TIDAKKAH ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH JUGA?”

BERDASARKAN DEMIKIAN,UMAR BIN AL-KHATTAB PERNAH MENANGIS TERHADAP SATU JEMAAH DARI PENDUDUK YAMAN YANG DATANG MENGERJAKAN IBADAT HAJI DENGAN TIDAK MENYEDIAKAN BEKALAN.DENGAN DEMIKIAN,UMAR MENYALAHKAN SIKAP MEREKA.


BERKATA MAAWIYAH BIN KRAT “UMAR PERNAH MENEMUI SEKUMPULAN MANUSIA DARI NEGARA YAMAN.”

 
BERKATA UMAR “SIAPAKAH KAMU?”

 
MEREKA MENJAWAB “KAMI ADALAH ORANG YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH”

 
UMAR BERKATA “KAMU ORANG YANG MENUNGGU HIDANGAN MAKAN.ORANG YANG BENAR-BENAR BERTAWAKAL ADALAH ORANG YANG MENABURKAN BENIH DI BUMI,KEMUDIAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH”

BERKATA IBNU ALKOYIM ALJUZIT “HAKIKAT TAUHID TIDAK SEMPURNA KECUALI DENGAN ADANYA IKHTIAR MENCARI DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB DI BENTANGKAN OLEH ALLAH. MEMBEKUKAN SEBAB-SEBAB ADALAH SUATU KECACATAN PADA DIRI ORANG YANG BERTAWAKAL.MANAKALA MENINGGALKAN LANGSUNG KERANA LEMAH BERUSHA ADALAH BERLAWAN DENGAN PENGERTIAN TAWAKAL KERANA TAWAKAL YANG BENAR IALAH HATI BERPEGANG TEGUH DENGAN ALLAH DALAM BERUSHA MENGHASILKAN PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA MANUSIA PADA AGAMANYA DAN DUNIANYA SERTA MENOLAK PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA AGAMANYA DAN URUSAN DUNIANYA.DAN PEGANGAN ITU MESTILAH SERENTAK DENGAN USAHA,IKHTIAR DAN DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB,KALAU TIDAK MAKA IA ADALAH ORANG YANG MEMBEKUKAN HIKMAH DAN SYARAK ALLAH.”

DI AMBIL DARI KITAB AL-IMAN(RUKUNNYA,HAKIKATNYA,PEMBATALANNYA)


"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Bismillahirrahmanirohim

Bismillahirrahmanirohim

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah

Terangilah Aku Dengan Nur Iman MU

Hanya Engkau Tempat Aku Bserah

Mohon Maghfirat  di Dalam Syahdu 

Wahai Tuhan Yang Pengasih

Ampunilah Segala Dosaku

Laksana Budi Di Laut Memutih

Hanyut Ditelan Gelombang Nafsu

HAri-Hari yang Telah Aku Lalui 

InginKu Terus Bersemadi

Ingin Aku Kembali Kepada Fitrah Insani

Tak sanggupKu Jelajah Rimba DuniaWi

Bebaskanlah DiriKu Dari Dibelenggu Dosa,Noda,Nafsu Durjana

Pimpinkanlah Daku ke Jalan RedaMu

Moga Sinarmu Terangi Hidupku Dalam Kegelapan 

Aku Akan Kembali PadaMu 

YA RABBUL IZZATI

Segala KetentuanKu

Aku Pasrahkan Dihujung Penghayatan

.........Amin.........

0

Hari ini ~ 9 Jun 2011 ~


“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya
kelmarin bukan lagi milikku
dan esok belum tentu ianya milikku..”

hari ini, di pagi ini adalah hari aku
aku takkan menunggu petang kerana petang itu belum tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku pikirkan
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan.

hari ini aku akan hidup dengan penuh kebaikan, tanpa kesedihan,
gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan

hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku
hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan semua orang
hanya hari ini saja aku hidup, maka aku akan selesaikan segalanya hari ini
hanya hari ini.
tidak esok atau tulat..

Kepada Encik Kelmarin
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai,
tenggelam engkau seperti mataharimu.
aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu jugak tidak akan pernah
melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.
Kau telah pergi meninggalkan aku pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”

Kepada Encik Esok
“Wahai Encik Esok, Engkau masih lagi dalam kekaburan
maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan
aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada
kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”

Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan

“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan
jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” [Al-A'raf : 144]
0

Aku Berjubah!!!!

Alhamdulillah..

Hari ini tidak banyak perkara dan peristiwa yang berlaku..

Hari yang sekadar sempoi-sempoi gitu..

Hingga lah petang tadi aku "Menjoinkan" kan diri bermain Sepak Raga.
Lama nya tidak bermain, terasa lapang dan bebas saje.
kekok juga, lama tidak bermain.

Suka !!! suka !!!Suka !!!

Macam biasalah, balik ke rumah awal sedikit untuk bersiap ke surau pula.
Begitulah rutin harian aku sejak 8 bulan lepas..
Maka Bersiap lah aku...

ketunggg !!!! Dishhhh  !!!!  ketangggg !!!! Dussshhh !!!!!

Tetiba mak bagi sehelai baju berwarna putih,

Wahhh !!!! Jubah.... Katanya Sepupu yang balik dari syiria bagi..
Aku pun terus pakai tanpa kata apa-apa..
Sampai di surau,Tak pasal Di suruhnya Jadi Iman.

First Time aku jadi Iman Kat surau..Menggigil jugak.,mana taknya..jadi Iman kepada makmum bukan lah perkara yang mudah.Besar tanggungjawab.
Tapi semua itu aku serah pada Yang Maha Berkuasa Menilai aku sebagai Iman.
Alhamdulillah...
Tetapi kini baru aku mengerti,Rupanya Memakai Jubah, lebih-lebih lagi bewarna putih,terasa suatu "AURA"..

AURA !!!!!!

Ye..
Terasa diri ini bersih ketika mengadap Allah.
Terasa diri ini tenang menjadi ketua kepada makmum
Terasa sungguh kerdil
Khusuknya ketika itu,tuhan saja yang tahu.

Alhamdulillah..
Terima kasih Mak kerana masih menjaga pakai pakaian saya.


*Last but not least..sekadar gambar,bukan untuk menunjuk-nunjuk.Cuma ingin berkongsi apa yang baik-baik..Bagi kaum adam,Penghulu keluarga,jika anda berani,cubalah merasai AURA memakai jubah..
0

Apabila Al Quran Bermadah

 

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang


Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa.....


Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.......
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan........


Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.......


Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..


Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi...
engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupaka...
  
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu


Mengasyikkan...........

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatkan.....


E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

*Astagfirullah...Sedor Ckit Wahai Pengarang..
0

Lelaki & Perempuan --> Bukti keadilan Allah

Taip....

Padam..

Taip..Taip..

Padam..Padam...

Until,teringat Pada buku yang aku Baca minggu lepas,Penawar As-Syifa..
sekadar untuk berkongsi.juga dipetik dari Artikel-artikel yang pernah dibaca.

Lelaki & Perempuan --> Bukti keadilan Allah


Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 
 
BERATKAN???
 
Hukum menjelaskan anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.

Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jika berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

BERATKAN???

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? 

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Wallhualam.


0

Yang Terindah


 

Apa kabar cinta?
Masihkah tetap untuk-NYA?
Apa kabar rindu?
Masihkah tetap untuk surgaNYA?
Apa kabar hati?
Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi?
Bermadah aku di pagi hari ini

Apa yang Yang Terindah sangat tu..?
Sebenarnya apa yang aku khuatirkan pada hari-hari sebelumnya rupanya menjadi hari yang terindah hari ini.

Jumaat, 27 Mei 2011

Majlis akad nikah bapa saudara sebelah ayah telah selamat diijab kabul kan.




Rasa teruja juga dengan majlis tersebut.Pelbagai situasi berlaku.Namun hilaian tawa,suka-suka memeriahkan lagi majlis tersebut.


Aku hanya lah sebagai Jurugambar yang langsung tidak bertauliah.haha.Jika aku ditempat beliau rasanya itulsh Hari Yang TerIndah apabila menjadi Raja sehari.

Sabtu & Ahad
28 - 29 Mei 2011

Selesai Solat Magrhib di surau aku dan ahli surau yang 5 6 orang telah sepakat untuk untuk mengambil upah membersihkan halaman sebuah rumah.Dan duit itu nanti disalurkan pada surau untuk penambaikan untuk digunakan pada bulan Puasa nanti.

Halaman Rumah
Dalam rumah
Alhamdulillah.Terasa macam tidak percaya.Dahulu walaupun naik turun tangga dah semput,even nak tendang bola pun tidak larat.Tetapi hari itu dari pagi sampai hingga ke petang,aku terasa macam orang normal yang sihat.Dua hari yang penuh bermanfaat dan rasanya kesihatan 100% bertenaga.Betul2 hari Yang Amat Indah.Subhanallah.Bukti kekuasaan Allah
 
Isnin 30 Mei 2011

Hari kenduri di rumah "toki"..Tak banyak gambar aku dapat rakamkan.Semput dan tak bermaya..Tapi Digagahkan juga Senyuman ini.Situasi sebegini yang aku khuatirkan untuk hari esok.Masih ada waktu kah untuk aku memohon ampun atas dosa lalu.??..Tetapi masih lagi diberikan nafas untuk melihat dunia pada hari ini.Indah sungguh rasanya.uhhuhuu.

4 hari yang begitu Indah.Dengan suka tawa,hilaian manje ahli keluarga,Terasa bahagia.
Bagaimana dengan 22 tahun yang lepas?
Berapa banyak detik yang Indah Yang Allah bagi pada aku.?
Pernah kah aku bersyukur.

Dan Bagimana untuk lagi 10 tahun akan datang?
Masih adakah Rasa Indah yang Allah nak bagi pd aku?

Kesimpulannya
Allah itu maha pemurah dan segalanya.Walaupun kesilapan & kealpaan yang kita lakukan hari ini,tetapi DIA masih lagi  membalas dengan nikmat-nikmat dunia Yang INDAH.

"Barangsiapa yang menguruskan hubungan antara dirinya dengan Allah, niscaya Allah akan memguruskan hubungan antara dia dan manusia semuanya. Barangsiapa yang memyelesaikan urusan akheratnya, niscaya Allah akan memyelesaikan baginya urusan dunianya. Barangsiapa yang selalu menjadi penasihat yang baik untuk dirinya sendiri, niscaya Allah akan menjaganya dari segala bencana"

Cinta & Rindu lah Pada Allah.
Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar..semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya


~ Wallahualam ~



Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...