“Marhaban Ya Ramadhan”

“Marhaban Ya Ramadhan”

Hari demi hari..

Dalam diam sedar dan tak sedar.

Ramadhan kembali menemui kita kembali.Syukur, 

Kerana masih diberi kesempatan merasai dan menikmati ramadhan kali ke 23 dalam hidup aku.

Syukur Ya Allah.

Setahun Bagaikan sehari.

Sungguh aku menunggu bulan ramadhan ini kerana bulan ini lah bulan Pengampunan,

Bulan yang maha berkat,

Bulan yang Maha Hebat,

Bulan dimana mencari Sinar Lailatul Qadar.Insyallah.

Apa pun sempena bulan Ramadhan yang Maha Mulia ini 

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kita kepada Allah.

Moga Mendapat Rahmat dan keampunan dari-Nya.


Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT lah Ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 

“Marhaban Ya Ramadhan”

Aku Menangis !

Aku Menangis !

Ya Aku menangis..

Kerana 2 perkara :-

1.Tak sanggup dan menyesal mengenang atas dosa-dosa  
   semalam yang telah aku lakukan.
   Ya Allah, Apakah masih ada kemaafan MU terhadap aku ?

2.Dilahirkan as a muslim tetapi kurangnya bersyukur atas 
   pemberian nikmat itu.






Aku BANGGA dilahirkan as a MUSLIM..

Ya Allah yang Maha Kuat lagi Perkasa,
Berikanlah aku kekuatanMu untuk terus MELANGKAH...
Ya Allah Kurniakanlah Aku hidayahMu dan 
Berikanlah Aku PetunjukMu ke jalan Yang Benar....


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. At-Taubah (41)"


ISLAM itu INDAH.....
0

Berdakwah Melalui Facebook,Twitter & Blogger..Tapi Awas Kamu !!!!

Sebetulnya Timbul rasa dalam diri ini untuk berdakwah, menyebarkan dan menyampaikan apa yang baik dalam Agama Islam kepada para pembaca yang membaca blog saya ini...

Jika hendak diikutkan..siapalah saya.!
Saya BUKANlah Ustaz yang banyak Ilmu agama di dadanya.....
Saya BUKANlah pendakwah bebas yang berdakwah di setiap pelusuk bumi....

Saya Hanya lah manusia dan hamba Allah yang banyak kekurangan,Jahil,apatah lagi dosa yang begitu banyak sekali.Astagfirullah.Ampunilah dosa-dosa ini wahai tuhan-ku.

Apapun Sebenarnya


macam-macam cara kita boleh berdakwah..

dalam erti kata yang lain memberitahu satu-satu informasi tentang Islam...

berdakwah perlu ada cara...

memberitahu juga perlu ada cara...

menimba ilmu juga begitu...

kadang-kadang ia kelihatan agak remeh..

  tapi mesti kita ingat benda yang remeh itu terkadang boleh merebak...

mungkin pada hati dan mungkin juga pada diri...

seakan dunia itu satu hiburan..

malah dunia tidak lagi dianggap sebagai tempat persinggahan...

sehabis enjoy hidup di dunia...

dan akhirnya akhirat lansung dilupakan...

kenapa saya cakap begini ?

imbas kembali apa yang kita tulis di alam maya.. 

status facebook/twitter..





kadang-kadang kita tidak sedar status seharian kita seakan merungut dan mungkin juga sampai tahap mempersoalkan takdir Allah....

kenapa itu kenapa tidak ini ?

macam mana kita nak ditarbiah dengan perkataan yang bermotivasi jika kita dihadapkan dengan rungutan ?

kita dan orang-orang lain yang turut membaca status 'berstatus' keluhan tadi akan secara automatiknya membayangkan perkara negatif...

cuba letak something yang membina sikit...

up sikit level...

tahu facebook orang yahudi punya...

maka manfaatkan dia...

gunakan teknologi untuk kebaikan ummah, meningkatkan daya fikir...

sekali-sekala buat status yang susah orang lain nak buat...





bukan semua boleh buat status begini...

ini salah satu cara untuk kita memberitahu kepada yang tidak tahu...

BERDAKWAH..

 memberi kata-kata semangat...

selain kita yang baca ni bermotivasi..

mungkin orang lain juga akan termotivate dengan kata-kata status anda...

ini salah satu cabang kecil yang kita anggap remeh tapi sebenarnya ada kebaikan terselit di situ....

another one saya sure semua orang sekarang dah ada blog sendiri dan semua orang ada reason tersendiri mereka menceburkan diri dalam bidang berblogging...

tetapkan matlamat..

jangan tulis carca marba tak ada tujuan...

kita akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang kita tulis...

ingat walaupun cuma penulisan dalam blog ia akan memberi impak yang besar kepada pembaca...

jika baik kandungannya, insyaallah pembaca akan terdidik sedikit demi sedikit...

hatta, saya juga takut apa yang saya nukilkan di sini, bimbang Allah akan persoalkan kembali ke atas saya di sana...

 
cuma kita sebagai manusia berhak untuk berikhtiar, berusaha untuk menjadi lebih baik...

 

 
macam penulisan di atas adakah minda kita akan berkembang ? 

lalu mendidik orang dengan penulisan sebegitu..

 tak perlu cerita tentang gosok gigi guna colgate semata tanpa matlamat...

ini berbahaya menulis tanpa tujuan...

apa salahnya sekali sekala buat satu artikel yang berinformasi.



 tak kisah lah artikel agama (lebih baik untuk mendidik jiwa) or entry yang bermanfaat untuk dikongsi bersama...

pembaca pun dapat ilmu dari blog kita...

Kata blog orang yahudi buat maka manfaatkan dia...

teknologi kalau digunakan dengan baik boleh membawa saham yang baik kepada anda...

kalaupun tak reti bermadah pujangga ayat berbunga-bunga, buat ayat simple-simple dah cukup...

teknologi harus digunakan dengan baik..

salur yang ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin...

saya bukan suka-suka menulis entry ni..

saya hanya memperjuangkan cinta Illahi dan berharap Nur Allah sampai kepada pembaca..

malangnya ramai yang tidak tahu pengetahuan tentang cinta yang sangat rendah sehingga membuatkan akal seakan sukar berfikir lagi...

jangan marah atau bosan jika ada yang menegur atau memberitahu...

apakah kita sudah bosan dengan peringatan-peringatan Allah ? 

~ Wallauhualam ~


0

Aku Terima Nikahnya....

Tak kawin lagi.Tak terima pun lagi nikahnya..hikhik.
Ada lak pikir sampai takat tu..



Aku Terima Nikahnya, sebuah buku Ilmiah yang diilhamkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku berubah dari membaca novel-novel cinta kepada novel-novel dan buku-buku berilmiah.Bukan senang tau.Kene pupuk supaya hati ni baca benda yang ada faedahnya.Bukan baca untuk berkhayal je.haha.

Mak cakap, "besor jalor doh, tapi baca novel cintan cintun, macang anok dara, cuba gok baca buku2 agama,ada gok pekdohnya",
*fhm2 kn lah diri anda.Bhsa Teganung.

Dush..Dushh..


Adehh..dehh...Rasa nak pitam jer..
Kihkihkih....

Ok apakah isi y menarik di dlm buku ini yang buat saya berfikir.?.Jom baca..

Isi no.1
Mengikat Pertunangan dalam kesederhanaan :-
"Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti.Ia mungkin berakhir dgn perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan "..

 Isi no.2
" Apakah perkahwinan kita kekal smpi hari mati,atau sekadar smpi ke anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban dan kedut wajah,atau gerhana di tengah jalan........."


Isi no.3
"Bujang senang - sangkanya realiti hidup ini sesenangn memahami pembacaan dan idealisme"
"Kahwin Matang - beru tersedar bhwa mnusia itu dibentuk,bagai air membentuk batu, dan bukannya mencetak manusia"


Isi no.4
Berkahwin Bukan kerana HARTA......
Berkahwin Bukan kerana KeCANTIKkan......
Berkahwin Bukan kerana KETURUNAN.....
Tetapi berkahwinlah dengan yang memiliki AGAMA.....

"maka pilihlah yang meiliki agama...nescaya sejahtera hidup mu..,"pesan nabi S.A.W

Isi no.5
"Haris! Haris! Haris tahu tak nama ayah kita ada dalam Quran?" kata saif,anak kpd sepupunya haris.
    "Apa nama Pak Su?'tanya haris kpd saif.
    " Nama ayah kita ABI.Dlam Quran ada sebut nama dia,'kata saif lagi.

    " Tabbat yadaa ABI lahabin wa tabb!"kata saif..
menyembur teh saya ,"


Cukulah lah tu..nak baca lebih lanjut beli la sendiri.haha..
Apapun buku ini telah dibaca 2 kali berturut-turut.


Kali 1 - untuk mengetahui Jalan cerita Aku Terima Nikahnya
Kali 2 -Cuba untuk memahami setiap ayat yang dicoretkan..

Lepas ni kene baca sambungnya iaitu Aku Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta..
Moga pembacaan buku berilmiah ini dapat menambah sumber pengetahuan aku.

Insyallah...
Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban

Subhanallah..Dalam sedar tak sedar Lagi 2 minggu kita akan menyambut kedatangan bulan ramadan yang mulia.Insyallah moga diberi kesempatan lagi sekali.

Apapun malam ni malam 15 Syaaban.Malam Nisfu Syaaban..Malam Pengampunan.aku tak akan bercerita panjang. Kerana semua dah tahu kelebihan Malam Nisfu Syaaban ni..Cuma apa yang dicoretkan ini sedikit sebanyak dapat memberi Ingatan bahawa  malam nisfu syaaban adalah malam yang berkah.Minta lah apa yang dihajati dan mohon lah keampunan pada Allah.Insyallah Dikabulkan.

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Dan sabda dari raulullah s.a.w yang berbunyi :-

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”


Marilah kita sama-sama memohon dan mengambil kesempatan atas kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Insyallah.
0

Ada Apa Dengan Wanita ini ?

Hari ini rasa nak cerita pasal cerita ini.Cerita ni laa.
Pasal orang yang dah berumah tangga..
saya!!! saya ? saya ? haha..^__^

Ok..Okk..Serius..

Baru-Baru ni ketika hadir di majlis kenduri kesyukuran,terdengar "sok sek, sok sek" daripada beberapa orang isteri yang tak berpuas hati dengan suami masing2.

"Saya ni trpaksa cari duit lebih.Nak harapkan gaji suami,sampai bila."
"Engkau untung lagi kiah.Suami aku jgn disebut nak pegi melancong,nak balik kmpung pun payah"
"hmm..kalau saya tak setuju , suami saya tak berani mnentang."

Apakah rungut-merungut ini baik ? Di luar sana, masih ramai lagi wanita yang menjadi andartu kerana susah nak dapatkan suami.Yang dah berkahwin,tidak puas hati pula.

Memang hidup ini tidak selalunya Indah.Ada saje peristiwa malang atau tidak di duga yang menguji keimanan seorang hamba Allah bergelar isteri. Namun disitulah terletak keindahan bila dugaan dapat dilalui dengan sabar dan tenang serta bertambah keyakinan pada Allah s.w.t

1 kisah seorang Rakan sekerja sebagai pedoman Yang membaca :-

Ada sepasang suami isteri  baru sahaja setahun berkahwin terlibat dlm kemalangan jalan raya.Si isteri mengalami kecederaan y agak parah,namun suaminya lebih kronik krn terpaksa mnjalani pembedahan di kepala hingga meragut sebahagian ingatanya.Doktor sahkan si suami mgalami masalah saraf yang serius dan tidak boleh bekerja.
     Si suami dan isteri berulang alik ke hospital mnjalani rawatan hingga kini.Si isteri melayani suami dengan sabar bagaikan melayani seorang bayi kecil.makan bersuap,menguruskan mandi dan pakai si suami.

Inilah contoh wanita yang hebat diuji  (walaupun tidak sehebat Siti Khadijah  isteri Rasulullah s.a.w). Setiap hari, hidup dijalani dengan tabah dan tanpa rungutan.. Mengapa ?  Kenapa ?

Inilah Pembuktian Cinta kepada suami y tidak berbelah bahagi.Apa-apa sahaja yang Allah takdirkan diterima dengan hati yang lapang Oleh itu Bersyukurlah dan nikmatilah hidup y singkat ini dengan berbakti dan mengembirakan suami mahupun isteri supaya tidak terkilan di kemudian hari.


KITA............

Semakin Hari, Semakin Pendek Hayat Kita,
Semakin Hari, Kita Semakin Menghampiri KeMATIan yang Pasti.

 wallahualam..
0

Mencari Bahagia

Hari ini,termenung sahaja.Kerja banyak,Tapi badan yang tidak hyper aktif macam biasa.tak mengapalah.Tapi itu tidak membuatkan otak saya lemah dan malas nak berfikir.Apapun nak Muhasabah diri saje.bagi semangat pada diri sendiri.


Sebetulnya,Betapa diri kita ini sentiasa dimanja oleh Allah setiap hari. Tidak terhitung berapa banyak nikmat yang kita terima dan rasakan sejak dari bangun tidur di pagi hari hingga akhirnya kembali lagi ke peraduan di malam harinya. Betapa Dia tak pernah menghentikan kasih-Nya, meskipun makhluk manusia seperti kita lebih banyak berpaling dan tidak pandai untuk bersyukur kepada-Nya.



Tidak rindukah kita kepada Allah? Tuhan yang telah dengan rapi membentuk jasad kita. Tidak rindukah kita menjemput kasih-Nya? Tuhan yang memberikan kita nafas kehidupan, penglihatan, pendengaran, hati dan akal untuk berfikir? Tuhan yang setiap harinya memanggil kita untuk terus mendekat pada kebajikan dan kemuliaan. Betapa Maha Pemurahnya Allah kepada makhluk-Nya untuk pengampunan. Lihatlah kelembutan kasih-Nya yang mengutus Nabi Muhammad, sebagai teladan dan rahmat bagi sekalian alam.


Mungkin kita alpa dengan dunia hingga lupa Betapa indahnya warna kehidupan yang telah Allah SWT hadirkan di permukaan bumi ini. Banyak hal yang datang dan hadir silih berganti. Sedih dan senang, Mudah dan susah, Kaya dan miskin, semuanya ada dan terasa hadir dalam rangkaian yang saling melengkapi satu sama lainnya. Sungguh, betapa terlihat dinamisnya kehidupan yang tengah kita lalui ini. Dalam keberagaman warna itu, kita pun diajak berfikir bagaimana menempatkan kedudukan diri kita dalam kehidupan. Dimana kududukan kita, dan apa peranan kita serta hal yang telah kita berikan bagi kelangsungan dan kebaikan kehidupan ini.


Tak ada alasan bgi kita untuk berkecil hati. Setiap manusia diciptakan dengan keunikan masing-masing, dlm kelebihan dan kekurangan yang dibawanya. Setiap manusia punya peluang dan potensi untuk memberikan manfaat pada orang lain. Berbagi manfaat kebaikan tidak mesti diukur dalam jumlah, namun yang penting adalah hal apa yang telah kita berikan, dimana orang lain merasakan manfaatnya secara lahir mahupun batin.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam Riwayat Imam Muslim, dimana beliau bersabda, “Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf, meskipun hanya menjumpai saudaramu dengan berwajah ceria“. :)


Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita di tengah warna-warni kehidupan dunia ini, mengajak sesama ke jalan yang diredhai-Nya, sesuai dgn kedudukan dan potensi yang telah diberikan-Nya…amin.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah Muhammad SAW, pada keluarganya, sahabatnya, serta pengikutnya…amin.

Wallahu a’lam.
0

Sabar itu Indah

Ye sabar itu Indah.

Ntah kenapa dua tiga hari kebelakangan ini sungguh menguji kesabaran aku.Banyak perkara yang perlu aku fikirkan untuk masa depan.Pilihan yang ada sangat terhad dan memang sekali menguji kesabaran diri ini.

Bila difikirkan balik,Masyaalah,Allah hanya baru titiskan sekecil-kecil zarah cabaran pada aku untuk terus bersabar.Sudah pun merungut.Jika kita lihat Rasul-rasul terdahulu tahap kesabarannya cukup hebat.


Rasul-rasul Ulul Azmi adalah antara lima rasul yang paling tinggi darjatnya kerana paling banyak ditimpa musibah.Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun hanya mempunyai 80 orang pengikut shaja (purata dalam 12 tahun hanya 1 seorang pengikut.Terpisah dengan anak dan isterinya yang derhaka dan menongkah banjir besar yang menengelami seluruh dunia.Sabarnya Nabi Nuh..Masih Tidak sedarkah aku??

Nabi Ibrahim a.s terpaksa meninggalkan  isteri dicintai iaitu Siti Hajar di pdg pasir yg kering kontang dan diperintahkan untuk menyembelihkan anak lelaki kesayngan nyadan dilontarkan ke dalam api oleh raja Namrud.Begitu juga dengan nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s,mereka juga menghadapi pakej ujian dan musibahnya yang tersendiri.Terfikirkah aku Pakej mana Yang Allah berikan pada aku.Tak Cukup sedar lagikah diri ini ?

Istimewanya Rasulullah s.a.w, bagindalah rasul yang paling bnyk diuji.sejak awal kelahiranya sehingga lah saat kewafatan Baginda.Namun apakah senjata utama Rasulullah yang patut aku turuti bagi menghadapi semua itu? Jawapannya = YA..

Apalagi kalau bukan sabar.sabar itu cukup Indah.Tetapi dimanakah keindahan itu? bukankah sabar itu begitu sukar? Ya bukan mudah untuk tersenyum tika ditimpa musibah.Ketika kebenaran yg pahit ingin aku ingin tegakkan dan tika kemaksiatan yg manis ingin aku tinggalkan apakah mampu aku tersenyum,mengapa yang pahit,sukar dan pedih itu dikatakan indah ?
Jawapanya ada pada kehidupan Rasulullah.Wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman.Langkahnya sentiasa yakin dan tenang.Teringat aku pada satu hadis dari 

anas bin malik r.a.
"aku melayani rasulullah s.a.w selama 10 tahun,demi allah!beliau tidak pernah sekali mengatakan padaku 'hus'"(Riwayat Muslim)

"Sabrun jamil".itulah yang diucapkan oleh nabi yaakub a.s tika berhadapan dengan ujian kehilangan anak-anaknya.

Firman Allah "Dia (Yaakub) berkata sebenarnya hanya dirimu sendiri yang memandang baik urusan y buruk itu.Maka Kesabaranku adalah kesabaran yang baik,mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semua kepadaku,sungguh Dia yang maha mengetahui,Maha bijaksana".(Surah Yusuf).

Sabar yang baik lagi indah yang aku ingin ungkapkan.Yakni hati yang tenang,lapang dan tenteram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Penciptanya tatkala bedepan dengan ujian dunia.Mungkin hati sebegitu belum aku miliki,namu itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan aku untuk mendapatkannya.

Ya semoga aku terus bersabar dalam menempuh liku-liku dan ranjau kehidupan dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu.Aku yakin keindahan itu bukan hanya di penghujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.

JALAN YANG MENUJU SABAR ITU PUN SUDAH INDAH
Alhamdulillah..

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...