Lailatul Qadr : The Night of Power

Lailatul Qadr : The Night of Power

Qadr bermaksud kebesaran dan kemuliaan.Lailatul Qadr bermaksud Malam yang penuh dengan Kebesaran dan Kemuliaan.Pada malam ini lah dimana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad sallalahu alayhi wasallam,ketika itu baginda sedang solat di dalam Gua Hira'.Sejak dari malam yang penuh dengan Nikmat kebesaran dan kemuliaan yang diberikan/diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad sallalahu alayhi wasallam,Malam ini telah Dipanggil Malam Lailatul Qadr'.

Malam Lailatul Qadr ini adalah malam yang sangat Berkat,Dimana berkemungkinan berlaku pada satu malam yang ganjil dalam 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan dan selalunya berlaku pada malam ke-27 ramadhan.Ganjaran pada yang sujud malam Lailatul Qadr adalah lebih baik dan lebih mulia sujud dari seribu bulan,Sama Nilainya pada seluruh kehidupan seorang hamba.

Jadi, Pada satu malam ini seharusnya solat(nafil namaz), membaca dan memahami Al-Quran,Memperbanyakkan Zikrullah,Berdoa meminta keampunan dan sebagainya sebanyak yang mungkin.

Beberapa perkara Istimewa untuk Malam Lailatul Qadr :-

1- Memohon Keampunan - Hazrat Aa'ishah radhiyallahu anhaa telah bertanya pada Rasulullah sallalahu alayhi wasallam jika dia inginkan kemuliaan tertinggi pada malam itu,apakah doa yang patut disebut. Rasulullah sallalahu alayhi wasallam menjawab, dia haruslah menyebut doa tersebut :-


"Allahumma innaka afuwwun kareemun tuhib-bul af-wa fa-afo anni"
(“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Karena itu, Berilah ma’af kepadaku”.)
2-Menyebut Astagfar - beristigfarlah sebanyak yang mungkin 

"Astaghfirullah hallazi la-ila-ha illa huwal Hayyul Qayyumo wa atu-bu ilaihe"
(Aku memohon keampunan drpd Allah Yang Maha Agung,tiada Tuhan yang disembah selain Dia,yang hidup dan berdiriseta aku bertaubat.kepada-Nya.) 
3-Membaca surah `Inna anzalnahu...'
                  "Inna anzalnahu fee lailathil Qadr, Wa maa adraka maa lailatul Qadr.
                 Lailatul Qadri khairum min alfi shahr. Tanazzalul malai-katu var-roohu
             fee ha bi izni Rabbihim min kulle amr. Salaamun heya hatta matla-il fajr."
4-Mendirikan Solat Sunat Tasbih 

5- Buat Afzul Zikr(berzikir) -

La ilaha illallah 
(tiada tuhan yang berhak disembah melainkan allah)


Insyallah mudah-mudahan dosa-dosa kita akan terampun pada ramadhan kali ini dan semoga pintu rahmat Terbuka luas untuk kita semua.

Ayuh sahabatku kita mencari Sinar Lailatul Qadr- The Night of Power
Lelaki dan Wanita Idaman dijadikan Suami dan Isteri

Lelaki dan Wanita Idaman dijadikan Suami dan Isteri

Assalamualikum.
Ceramah dan Motivasi
Oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahmud
Dengan Tajuk :-

Lelaki dan Wanita Idaman dijadikan Suami dan Isteri

Jom kita dengar agar mendapat semaksimum mungkin ilmu serta pengisian yang berguna.










~ ~ Wallahualam ~ ~
0

Solat Sunat Witir

Alhamdulillah Masih diberi kesempatan untuk menyampaikan apa yang baik dan benar.Itu lah yang dipanggil dakwah.Antara tazkirah yang aku sempat simpan dalam benak ini adalah tazkirah berkenaan dengan Solat Witir.



Solat Sunat Witir merupakan solat sunat terakhir atau solat penutup didalam satu malam.Solat Sunat Witir ini solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat.

Ia dinamakan dengan Witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain..

Waktu Solat Sunat Witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.

Kelebihan Solat Sunat Witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa`ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah). 


 Ok sedikit saja la.harap apa yang di taip ini sampai kepada anda yang sudi membaca blog ini.Moga kita sama-sama terus diberi hidayah oleh NYA.


Ya Robb...
Pimpinlah Daku,Yang Lemah ini,Mengharungi Segalanya,
Ku Memohon Pada Tuhan,Diberikan Kekuatan,
Ku Merayu Pada Tuhan, Diterima Amalan

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...