0

Dimana Peranan Kita

Hari Ini..
Tatkala Saya membuka mata..
Melihat keluasan dunia..

Sungguh Terpesona dengan keindahan alam ciptaan mu...

Dan saya bersyukur dilahirkan ke dunia...

Sebagai UMAT ISLAM

ku mengetahui betapa hebatnya kita

menawan 2/3 dunia menakluk parsi,andalusia,konstantinopel

menguasai jalan darat dan lautan
mengemgam ilmu sains dan teknologi


tetapi itu semalam!!!

bagaimana hari ini!!!








Dimanakah kita...
 
ketika saudara di sana merempat tak tentu arah?

ketika saudara kita disana kebuluran?

ketika saudara disana dianiayai bagai binatang?

ketika saudara disana berjuang di medan perang?





Dimanakah kita....


 
saya cuba mengamati...

Disini saya dapat melihat...

Kita sibuk mengejar cita-cita...




Ghairah mencari cinta sejati...










Hiburan menjadi keutamaan!!!









kita sangka hidup dah memenuhi tujuan...
 
Asalkan memenuhi rukun islam sudah memadai..

Agama diguna pakai untuk perkahwinan 
dan kematian saje?
  
Hukum ditafsir mengikut akal dan nafsu

       
"kami tidak berpegang tangan,
tidak berpeluk 
sekadar menikmati pemandangan bersama,
itu pom tak bole?"




saf saf kini seolah olah bertukar kiblat..  
Al-quran diketepikan..

"kitab hiburan" diagung agungkan...

saudara disana tidak dipedulikan...

gosip hiburan menjadi prioriti...


Ulama dipinggirkan...
 
 


Artis dijunjung tinggi...








Pakaian membungkus diri dipandang serong...

 








Pakaian mengejar fesyen menjadi pilihan...

Apa kita nak jawab di hadapan Allah kelak..

Bersedialah...

Moga aku dijauhkan Bala dan Fitnah kecil ini...
0

Puasa Sunat Edisi Lupa

Assalamualaikum,,


Hari ini seperti biasa cuaca yang agak mendung ala-ala romantik sedikit.Alhamdulillah pagi tadi makan nasi lauk sotong dengan ayam goreng dan minum air neslo.alhamdulillah,syukur,Hajatnya nak sambung puasa sunat lagi,tapi tak sempat nak bersahur.Maklumlah terlebih celik mata ini.jadi tidur pun cukup untuk mata berehat.

Apapun kisahnya bukan berkenaan hari ini.Kisah dan riwayatnya berkisah dan berkisar peristiwa semalam.

APA JADI !!!! ?? tak tahu kan.

Hari isnin,semalam macam biasa saya Melakukan rutin harian iaitu berpuasa sunat pada hari Isnin dan Juga selalunya hari Khamis.Inilah hari yang di yang disunatkan bagi orang islam untuk berpuasa bagi yang mampu.


Ketika ditanya kepada Nabi saw tentang puasa Isnin dan Khamis baginda bersabda:

ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: 'Dua hari itu dibentangkan padanya amalan kepada tuhan sekelian alam (Allah), maka aku suka dibentangkan amalan-ku sedang aku dalam keadaan berpuasa." (HR al-Nasaiie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami')

Tapi puasa sunat semalam nampak seperti biasa,berbuka pun ala kadar aje,makan donut + air buah.Alhamdulillah kenyang.. Hinggalah sampai satu masa,saya bercakap dengan seseorang yang mengingatkan saya,Pada sebelah pagi saya dijemput majikan saya Guru Besar untuk menikmati jamuan Hari Raya.


*Hari Rayalah sangat..Padahal raya dah lama berlalu.haha ok just abaikan hal ni


Wahh tgk semua best aje,apalagi saya pun tanpa segan dan silu,tanpa toleh kiri toleh kanan,dan plus plus plus tak ingat yang saya ni puasa,makan la si mamat ni.


Ehh dah habis setengah mangkuk mee kari,ada hati pulak nak makan kek coklat + puding + jus limau.Lagi sekali dengan muka ala-ala kambing yang malu-malu kucing *(agaknya lah) makan lah dengan ala-ala sopan,sebab ramai cikgu perempuan *tapi semua dah kawin,malu la jugak.Malu sebab kene usik n kene ngosek aje,haha.Alhamdulillah..kenyang.



Then,sambung kerja macam biasa sampailah jam 4 petang.Ok masa untuk balik *dlm hati punye bisikan......Balik la mamat nih..berenti kedai Kek,Beli la Donut kegemaran saya.Hajat nak buat berbukalah.



Fuh fuh fuh penat nih,PUASA la katakan,Yang duk kedarah tadi dah tak ingat dah,



AllahHuakbarAllahHuakbar........AllahHuakbarAllahHuakbar........
Berbuka la dengan sederhana dan dengan rasa syukurnya.Eeeeeerrrrrrkkkk....Kenyang lagi...Alhamdulillah..

sampailah saya bercakap dengan seseorang yang mengingatkan saya bahawa saya dah makan sebelum berbuka.Tetapi Lupa,saya Pun tak tahu ini situasi tragis ke,tragik ke,ngeri ke,sedih ke,suka ke, sebab saya suka hingga terenjis air mata.haha..



Adehhh...NIKMAT PUASA SUNAT mungkin.huhu


Apapun Jangan Sesekali ANDA meniru aksi merbahaya saya, ini kerana saya TERLUPA.Dan Bukanlah DISENGAJAKAN.



Jika seseorang lupa, lalu dia makan dan minum, maka puasannya tetap sah, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Orang yang lupa bahwa dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum, maka hendaklah dia melanjutkan puasa. Sesungguhnya Allah telah memberikannya makan dan minum.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)


Apapun Entri ini sekadar perkongsian dan jika kita berkemampuan untuk melakukan puasa sunat ini,seeloknya lakukanlah dengan seikhlas hati untuk beribadat kepada Allah.Puasa yang lebih baik adalah puasa seperti Nabi Daud a.s 


وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

Maksudnya: " puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud, baginda puasa sehari dan berbuka sehari."



Walluhalam..
biAr cinTaku bErSaMa rEdHa iLaHi

biAr cinTaku bErSaMa rEdHa iLaHi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrh wbt..


Dalam kedinginan suasana malam yang hanya bunyi-bunyi cengkerik kedengaran,duduk saya menadah kedua tangan ke langit,Air mata tak tertahan sebenarnya.. Kehidupan ini terlalu singkat buat kita, mungkin esok, lusa, nyawa yang di beri pinjam Allah ini, di ambil semula.. Sering saja doa ini menjadi titipan saya..



Ya Allah, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Mengingati mati itu membuat diri tersedar akan dosa-dosa pada Allah, manusia dan alam semesta.. Pabila terasa diri terlalu khilaf, selagi tidak memohon maaf, selagi itu hati tidak pernah tenang.. Apatah lagi, kesilapan yang kita lakukan adalah terhadap insan-insan kesayangan kita..
 
Malam ini, air mata mengalir lagi.. Terasa dosa-dosa menghambat hati menjadi tidak tenang.. Hanya mampu menangis.. Hanya Allah teman setia yang sedikit pun tidak pernah jemu menjadi pendengar setia saya, malah terlalu banyak kebaikan yang Allah hadiahkan dlm hidup saya.. Alhamdulillah..

Hati tenang apabila meluah padaNya.. Allah adalah segala2nya dalam hidup saya., alhamdulillah, ketenangan muncul dalam diri saya.. Jasad saya longlai.. Tulang dalam badan ini seolah-olah hampir reput.. Sakit itu sudah kebiasaan ujian Allah utk saya yang masih lalai dengan dunia.. Tapi saya tak mahu 'mati' sebelum mati yang sebenar..

Sebenarnya, saya tak mahu penghidupan saya ini utk membebankan insan kesayangan saya.. Bagaimanapun,itulah hikmah di ciptakan cinta dan kasih sayang dlm diri manusia, untuk saling bantu-membantu.. InsyaAllah, hanya dlm keperluan sahaja saya akan minta tolong kalian yang sgt baik hati.. Dan InsyaAllah, saya akan jadi saksi di akhirat kelak, bahawa sahabat-sahabat dan insan-insan kesayangan saya ini terlalu banyak kebaikan terhadap saya..

Penulisan adalah sebahagian dari hati saya.. Saya tak pandai tunjuk rasa saya pada manusia.. Sering saja saya seperti tidak punya perasaan, jauh di sudut hati, akal dan emosi sentiasa berputar tanpa henti.. Andai kalian pernah melihat saya menangis, itulah saat di mana saya tidak tahan menangis di dlm hati..

Kdg2, terasa juga ingin di pujuk dengan lembut ketika menangis kerana kesedihan yang terlalu dalam.. Tapi, siapalah saya sebagai manusia untuk berharap.. Allah lah sebaik-baik pemujuk hati saya di samping saya turut bina kekuatan dengan izin Allah..

Wallahualam.


*have to sleep now,besok seawal 4 pagi sudah kene bangun,Ada program 'membersih hati',mungkin..


0

Menerima dan Memberi Kegembiraan

* Jika kita mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, maka berikanlah dulu kegembiraan dan kebahagian.


*Kadangkala apa yang kita berikan itu hanyalah suatu yang tidak penting bagi kita, namun pada yang menerima ia bagaikan permata yang turun dari syurgawi


*Adakala kita perlu memberi. Namun adakalanya kita perlu menerima.


*Bila memberi, berilah dengan ikhlas, bila menerima, terimalah dengan syukur.


*Hidup bukanlah untuk mencapai kesempurnaan. Namun jika kita redha dengan kekurangan, maka hidup ini menjadi sempurna.


* Bersyukur dengan keadaan kita. Ada orang yang hidupnya jauh lebih sukar dari kita fizikal dan mental. Maka sentiasa berlapang dada dan berterima kasih dengan setiap detik yang kita lalui dalam kehidupan ini


*Memberi secara rahsia itu lebih manis dan mulia dari memberi secara terbuka. Biar seluruh manusia tidak tahu atau tidak memuji amalan kita, asalkan seluruh makhluk lain mendoakan kesejahteraan kita.


*Jangan berputus harap.. Walau apa sekalipun yang berlaku, jangan berputus harap dengan kurniaan ilahi.


*Hidup dengan berani, gembira, dan tenteram dengan hala tuju sendiri tanpa takut dengan pandangan mereka yang tidak memahami.


0

A B C =Air Batu Campur

Hari ning Aku dop tahu la nak letok tajuk mende.Ning Wase nak taip jer.ikut jari je ni.
Otak full.Memori 4G sahaja.Kene Upgrade doh.


Destinasi Malam ni aku tak tahu nak menuju kemana.Membawa sedikit perasaan yang aku sendiri pun tak tahu. Apa akan berlaku lepas ni.Makin Besar makin Banyak jalan cerita dan bercabang pula.


Sekarang rasa nak kembali ke zaman kanak kanak..supaya hidup tak ada masalah...Tak perlu pikir kena basuh baju,kena pergi kelas,kena itu kena ini...tak perlu pikir perkara yang melumutkan otak aku...siap boleh lari bogel pun orang tak kata apa.
 


Aku Rindu Masa lalu..........



Aku Rindu Status Kanak-kanak Dulu-dulu.............




Hentikan seketika disini....


Aku harus keluar mencari Damai yang Hilang..

I will Be Back Later kerana apa yang ditulis ini hanyalah Mukaddimah
0

Gud job!!!


Hai.. Hai..Rasa macam nak deman.
Dok rok aje wase..

Ok sebelum balik menghembam kan muka kat katil busuk tu.Nak juga mencoteng arang kat ruangan blog ni.
No Big Deal...

Pertama dalam dok rok pun kerja settle.Kerja Apa yer..

KEW PA ohh KEW PA.
Fail yang menyakitkan kepala dan membenihkan toksin-toksin dalam rongga hidung..


adeh gambar pun tertonggeng.biarkan

.




Bukan Apa.Kene la settle kan jugak.Persedian kalau kene tukar ke tempat kerja lain.Jadi kerja yang banyak lagi bertimbun tak siap sudah disiapkan.Memudahkan Pekerja lain nanti.itu aje.
*(nti ada org ckp bgus mamat ni wat kije)...Padahal..hampeh...


 



Tapi dalam duk focus kerja ni Buleh Lak jumpa Roses dan Kek 21,22,23,terus rasa lapar.
Dan yang lebihnya suka keseorangan.Tak Pasal-pasal.


malu.malu.nusub jappp....

ok la cukup & enough..

Bertukar Lagi!!!

Bertukar Lagi!!!

Macam ChipsMore.Alahai...Biskut Chips tu.Sekejap ada,Sekejap tak ade.Berubah saja Layout blog aku ni.Ok tapi nampak rasa mcm puas hati dengan layout ni.Ok kena kekalkan.macam Mesra je.Colour pun macam matching je dengan Diri aku ni.

Tapi sebenarnya layout berubah sebab ikut mood aku yang sentiasa berubah.Alahai.Apa pun tak Boleh.


Urmm nak tulis nape lagi.
Tension...Tension...waaaa...awaaa...Sedih la gini.



Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. 


Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu
Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia.
Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’






``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. 


Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. 


Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’

...Wallahualam... 
0

KerJa vs BeLaJar

Wahh hari ni Bukan men lagi aku naik tangga turun tangga.Penat tol.Nasib la ada orang lanje air milo tabur tuu..





errkkkkkk...hilang dahaga,penat pom lari entah kemana..

=======
KERJA...
=======
kerja..hari hari kerja.kalau takde kerja bosan je.kalau kerja datang aiii berduyun duyun.Kerja yang datang tu pulak tahap kritikal.ICU gitu.hampeh la.


Manusia 1 :- "kalau boleh saya nak hari ni,fail dah diletakkan atas meja",lusa meeting...

Manusia 2 :-"Dik semalam kak wat keje fail ada lagi,hari ni tak buleh buka lak laptop ni,fail sekolah banyak,kak tak buat backup.tolong dik nak jugak data tu.lusa nak hntr PPD".

kalo keje yang sudah dalam bidang takpe la.boleh la terok(selesaikn cepat) buat deras.Kalo yang bukan dalam bidang.Habis Masak la.kene la tolong jugak tolong walaupun ckit.

Manusia Lain :-Dik tolong buat surat bla...bla...bla...

Manusia seterusnya :- Dik Tolong kak buat Kew 8 bla...bla..bla..

'Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir'.

==========
BALAJAR...
=========
Dalam kesibukan bekerja sempat juga aku curi masa apply sana apply sini..Nak sambung Belajar balik.Dulu Option pertama kerja.Ok dah Dapat kerja.So skrg dah sedia untuk memulakan pengajian jarak jauh..


Sakit kepala woooo.....Col sana... Col sini... Col atas... Col Bawah...ehhh bawah xde line..lengok(dongak) atas balik.



Banyak la borang nak di isikan.kene betul2 teliti dalam memilih Kos untuk disambung dan pembiyaan nanti.Nak harap duit kerja..OooOooO...Berat Nanang...

Ni la Option utama..Harap2 dapat la.xde la nak kene interest tinggi macam PTPTN tu yang cekik darah rakyat sendiri.kan kalo doa mintak Bankrup kan,Tak pasal2 menambah dosa yang sudah banyak terbebannya.

Enough!!!...fuh ayat.macam mat saleh doh..haha.

Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki
0

Cinta Hati

Cinta Hati 





Sabda Nabi s.a.w yang dirindui dan dicintai:   


“ Mata itu mengalirkan air mata dan hati itu berdukacita. Tetapi kami tidak akan mengatakan (mengucapkan), melainkan apa yang diredhai oleh Tuhan kami.”
(Bukhari & Muslim)


Sejauh manakah hubungan kita dengan Allah?

Melalui hari-hari dalam hidup, memang kita tidak dapat lari dari masalah. Masalah yang perlu diselesaikan, bukan dilupakan tanpa penyelesaian. Dalam tidak sedar atau sedar mungkin kita pernah merungut, mengeluh, marah atau tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Kita selalu meminta…. Meminta urusan dimudahkan, meminta hajat ditunaikan, meminta bantuan disegerakan. Dan sebagai hamba Allah, sudah tentu semuanya kita minta padaNya.

Tapi, apakah yang telah kita berikan pada Allah sehingga kita mahu segala yang diminta diberi?

Apakah pengorbanan yang kita lakukan kepada Allah untuk segala rahmat yang mengelilingi kita setiap detik?

Apa tidakkah kita malu untuk terus meminta sedangkan kita tidak memberi apa-apa?

Apapun Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Ingatlah bahawa kita tidak punya apa-apa di dunia ini. Semua yang ada bukan milik kita. Hatta diri kita sendiri juga bukan milik kita. Setiap sendi yang digerakkan, setiap titis darah yang mengalir, setiap degupan jantung, setiap kelipan mata, setiap langkahan kaki…maka yang mana satukah milik kita?

Hati ini terkedu
Mulut ini membisu
Mata ini jadi kaku

Ya Allah, Tuhan yang aku berada di bawah kekuasaanMu
Janganlah Engkau lepaskan tanganMu dariku

Hanya padaMu tempat aku bergantung
Hanya padaMu tempat aku berharap
Hanya padaMu tempat aku mengadu
Hanya padaMu tempat aku pautkan hatiku
Hanya padaMu tempat aku melepaskan resah gelisahku

Aku mohon padaMu
Aku pinta padaMu
Aku rayu padaMu

Ya Allah cinta hatiku
Jangan Ya Allah
Jangan sekali-kali
Engkau gelincirkan hatiku, setelah Engkau berikan hidayahMu
Penuhkan hati ini dengan rasa cinta dan rindu padaMu
Ya Allah cinta hatiku
Sungguh, aku cinta padaMu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah:186)

Di manakah Allah di hati kita ?






*kenapa ada orang sebegini rupa.hidupnya y selalu buat orang susah..Apakah Matlamat hidupnya..Dimanakah Sifat Sabarnya..Dimanakah Sifat-Sifat Dia sebagai seorang Pemimpin..Apakah Dia tidak terfikir akan hati dan perasaan Orang...
Apakah.....
Kenapakah....
Aku Berdoa agar Insan ini Akan dikurniakan "Cinta Hati"
Insyallah...
0

Peristiwa Sekitar AidulFitri


Raya Pertama -Solat AidulFitri

Tahun lepas xde rezeki nak solat Raya,Tahun ini alhamdulilah Sempat lagi Menunaikan Solat AidulFitri.Alhamdulillah.

 

 


 Hari Raya Ke-2 , Ke-3 dan Ke-4

Raya je kat umah mak sedara dan sepupu.3 hari pun ada lagi umah yang sempat nak ziarah.Tak puas beraya kat umah kita cetusjkan idea buat BBQ beraya di pantai Batu Buruk.Lain betul raya tahun ni.haha



Raya punya raya,sedar tak sedar dah start keje balik.sekjap jer masa berlalu.Tapi still mood raya masih meriah kat sekolah.haha.layan budak-budak sekolah ni bes.habis pokai duit gaji jadi duit raya.wawawawa..Xpe la sekali setahun.kn2..



 




Alhamdulillah.Boleh jugak Beraya tahun ni setelah tahun lepas memang tak dapat raya.setahun Sakit.Setahun sekejap je rasa.Pape pun Tahun ni hepy jer Ada orang teman Kita beraya.Boleh aje berangan seminggu.haha.Hasrat saya agar saya masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun depan dan masih sempat meraikan hari kemenangan ini.INSYALLAH.
Syukur......
Syukur......
Syukur......

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...