0

Petang Yang Bermotivasi

Kisah Tha'labah - Pemuda bercita syurga.Kisahnya Dipendekkan



"Hanya kerana terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi yang tidak disengajakan tika mencari sesuatu."

Berkata Tha'labah pada dirinya Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah.DIA melarikan ke sebuah bukit di pinggir madinah kerana takut untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.Dia menangis dan terus menangis mengingatkan akan dosanya tadi.

Selama beberapa hari Saidina Umar RA telah disuruh oleh Rasulullah S.A.W untuk membawa balik Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.Umar berkata.. Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya.Rasulullah bertanya, kenapa wahai Tha'labah?Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu, kata Tha'labah.

Apa yang kamu mahu Tha'labah?
 
Ya Rasulullah,

"aku mahukan keampunan Allah"


Lalu Rasulullah s.a.w berkata, wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


Yang Menariknya,

Ketika siap dimandikan,dikafankan, Tika nak tanam jenazah Tha'labah ini,Rasulullah SAW datang agak lewat.Sahabat dah terlalu ramai dikubur.Sahabat membuka jalan untuk Rasulullah SAW.Jalan terbuka luas namun Rasulullah SAW berjalan agak tersekat sekat.

Maka bertanya para sahabat,Ya Rasulullah SAW kami sudah buka jalan,kenapa Rasulullah SAW berjalan macam tak selesa,

Rasulullah SAW Menyatakan :-

"Kamu tidak Melihat betapa Ramainya Malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur dia."

Inilah remaja yang kita cita-cita kan.

Terfikir seketika bagaimana dengan masa remaja aku dimasa silam.

Tika Itu.....

Dimana Pandangan Aku....

Dimana Tutur Kataku...

Dimana Aku Bawa Kaki ini....

Apa yang Aku lakukan dengan Tangan Aku ini....

Dimanakah Aku Tika Remaja itu....

Lihatlah diri kita....

Berapa banyak DOSA yang kita lakukan....

Diterimakah TAUBAT kita dengan dosa yang begitu banyak bergelumang melingkari kita.???

Mari kita Renung dan Selami  ke dalam Diri KITA....


Siapa Kita Dihadapan Allah nanti....

Masih Adakah Sisa-Sisa Keampunan Dari ALLAH untuk kita.......



Wallahualam...
 

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...