Sedihnya....

Sedihnya....

Tadi bercakap-cakap dengan seorang ustaz.
Dalam meneliti bibit-bibit perbualan rasa macam nak menangis pn ada..
Aku tak nak menulis panjang entri ini.
Tapi Informasinya cukup Buat aku gerun,takut,sedih dan terfikir banyak kali juga.


Katanya,Setelah para ulama-ulama mengkaji hampir berbilion manusia di muka bumi,Ditolak nya pelbagai manusia yang menganuti agama lain.dan tingglah sebilangan umat islam yang kalau tak silap,hampir 7 juta umat Islam di dunia.

Katanya dalam 100 org umat Islam,yang solat,berpuasa dan macam2 lagi,hanya seorang sahaja yang akan masuk Syurga..
Meremang bulu Roma..senyap jer.terkebil-kebil mata.kelu lidah.

Then dia berkata lagi itu kajian sahaja..yang penting Kita teruskan Beribadat kepada Allah.Urusan terima atau tidak,syurga atau neraka,itu bukan kita yang tentukan.Kita sbgai hamba harus berusaha untuk mendapat rahmat petunjuk.Buat apa y diperintahkan,Tinggal apa y dilarang.Mudah-mudahan amalan kita diterima katanya.

biarlah ia sekadar kajian y belum pasti.tapi apa yang pasti,hati semakin gusar,dunia tempat persinggahan sementara yang ruang kehidupannya lebih besar sedikit daripada kehidupan di alam rahim.pasti menjanjikan cabaran dan dugaan pahala dan dosa ditambah lagi dunia y kian "tua".Bnayak hukum hakam allah ditolak sewenangnya.Islam itu sendiri kian terurai

Kata ustaz lagi,Setelah banyak hukum-hukum Allah Ditolak sekarang,Tiba masanya nanti Umat Islam kan mempertikaikan Solat Lima Waktu.Dan disitu tiada lama lah akan berlaku hari kiamat..kerana Islam itu sendiri sudah terurai.tiada ikatan yang kukuh.

Renungkanlah dalam 100 org umat Islam,Adakah kita tergolong dalam golongan yang ahli syurga.

Wallahualam..

p/s: sekadar perkongsian...
0

29 November 2011

Haaii Chacckk..



Kesepian blog ni.Ini lah hidup bila sibuk tak sempat la nak cover semua.smpai hati pun parah.ish..ishh.

Hari Tu sebelum cuti sekolah lagi bermula la kesibukan y tak diduga...tgk mamat ni khusuk jer...Juri Powerpoint Peringkat Terengganu..Kumiraman mana la ambik gambar ni..pape pn dapat jgk Cenderahati.=).


Then mula la sibuk ngam tugasan.Dah sambung balik kan.Huh nak Deman nak siapkan satu assigment.maklum la dah 3 tahun lebih tinggal.Beku beku otak..


Makan je lebih.keje nya tak siap pon.hehe.Malas nak fikir.Padan la muka aku..Tapi last siap jugak.yeaahh..




Haa ni komitmen bila kerja kat sekolah.habis program kene sertai..Nak ke,Tak nak ke.kene jugop join cikgu-cikgu.

OK apa y tak bes is apasal bila aku ambik gambar semua orang masuk.Tp bila time org ambik gmbar aku,3 muka y hensem ni je ada.Tak aci la..Kumira je mahal.tp Hampeh..


Lastly before tido..Bila la nak khatam baca buku ni.Tajuk best.Jalan cerita best.tapi Time baca aje yang tak bes.Sebab tertido slalu..haha..Kata pensyarah.Alasan blake.haha..
Khamis 17 November 2011

Khamis 17 November 2011

Hari ni banyak sungguh ragam-ragam orang disekeliling..

PaGi
Dari pagi terlibat program budak darjah 6 -------> umum keputusan UPSR sebagai kumiraman je..
Sebelum diumumkan kputusan semua pakat share tisu..
Alhamdulillah ada peningkatan.22 orang dpat 5A dlm UPSR brbnding tahun lalu hnya 9 org.
Cikgu-cikgu pom pakat nangis blake.hahaha...sob...sobb

Saya??? tahan je wat muka hepy..kahkah.tak leh blah..


TenGahari.....

Jamuan perpisahan antara bebudak darjah 6.yela hari last persekolahan.
One more time adegan macam tgk Citer "Kuch Kuch Hota HEiiii"------>Semua sedih,diam---->Tisu lagi diperlukan...
tapi ceria balik sebab ada cabutan bertuah untuk guru dan kakitangan..

Saya???? Bertuah hari ni.Dapat No 20.hadiah sederhana..tp tetap BERTUAH....


Sebelum Balik Kg.....

Ohhh rupanya banyak kerja dah settle...Alhamdulillah
Cuti nanti Still keje tapi dalam mood "cuti" 1bulan 15 hari di Makmal sekolah...
ermm Menarik tuu...haha



Sampai dah pun kat Kg....

Xsempat jamah hadiah cabutan bertuah...
Hantu-Hantu makanan ramai....tp bagus jgk xde la membazir..
cessss...


Mlm ni pulakk....

Ermm x pasti lagi......
Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

 http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=kasyah
AiR MaTa

AiR MaTa


AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda 


“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

   Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

 

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.




Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”


 wallahualam..



P/s :- ptt la kurang kecedikan dan kepandaian.rupanya bnyk sgt aku ni suka senyum tawa,ketawa tawa,terbahak bahak..ish..ish.haha..

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...