Showing posts with label Cinta Allah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Cinta Allah Rasulullah. Show all posts
Maaf Ya Allah

Maaf Ya Allah

♥Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu



♥Maaf Ya Allah jika hamba sombong mrasa semua nikmat ini adalah 

kewajibanMu 



♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain



♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU



♥Maaf Ya Allah jika hamba menunda sholat fardhuMu



♥Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU
Tidur itu ibadah

Tidur itu ibadah

Tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.


Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.


Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -


1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .


2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .


3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .


5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .


6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan. 

 

0

Yang Terindah


 

Apa kabar cinta?
Masihkah tetap untuk-NYA?
Apa kabar rindu?
Masihkah tetap untuk surgaNYA?
Apa kabar hati?
Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi?
Bermadah aku di pagi hari ini

Apa yang Yang Terindah sangat tu..?
Sebenarnya apa yang aku khuatirkan pada hari-hari sebelumnya rupanya menjadi hari yang terindah hari ini.

Jumaat, 27 Mei 2011

Majlis akad nikah bapa saudara sebelah ayah telah selamat diijab kabul kan.




Rasa teruja juga dengan majlis tersebut.Pelbagai situasi berlaku.Namun hilaian tawa,suka-suka memeriahkan lagi majlis tersebut.


Aku hanya lah sebagai Jurugambar yang langsung tidak bertauliah.haha.Jika aku ditempat beliau rasanya itulsh Hari Yang TerIndah apabila menjadi Raja sehari.

Sabtu & Ahad
28 - 29 Mei 2011

Selesai Solat Magrhib di surau aku dan ahli surau yang 5 6 orang telah sepakat untuk untuk mengambil upah membersihkan halaman sebuah rumah.Dan duit itu nanti disalurkan pada surau untuk penambaikan untuk digunakan pada bulan Puasa nanti.

Halaman Rumah
Dalam rumah
Alhamdulillah.Terasa macam tidak percaya.Dahulu walaupun naik turun tangga dah semput,even nak tendang bola pun tidak larat.Tetapi hari itu dari pagi sampai hingga ke petang,aku terasa macam orang normal yang sihat.Dua hari yang penuh bermanfaat dan rasanya kesihatan 100% bertenaga.Betul2 hari Yang Amat Indah.Subhanallah.Bukti kekuasaan Allah
 
Isnin 30 Mei 2011

Hari kenduri di rumah "toki"..Tak banyak gambar aku dapat rakamkan.Semput dan tak bermaya..Tapi Digagahkan juga Senyuman ini.Situasi sebegini yang aku khuatirkan untuk hari esok.Masih ada waktu kah untuk aku memohon ampun atas dosa lalu.??..Tetapi masih lagi diberikan nafas untuk melihat dunia pada hari ini.Indah sungguh rasanya.uhhuhuu.

4 hari yang begitu Indah.Dengan suka tawa,hilaian manje ahli keluarga,Terasa bahagia.
Bagaimana dengan 22 tahun yang lepas?
Berapa banyak detik yang Indah Yang Allah bagi pada aku.?
Pernah kah aku bersyukur.

Dan Bagimana untuk lagi 10 tahun akan datang?
Masih adakah Rasa Indah yang Allah nak bagi pd aku?

Kesimpulannya
Allah itu maha pemurah dan segalanya.Walaupun kesilapan & kealpaan yang kita lakukan hari ini,tetapi DIA masih lagi  membalas dengan nikmat-nikmat dunia Yang INDAH.

"Barangsiapa yang menguruskan hubungan antara dirinya dengan Allah, niscaya Allah akan memguruskan hubungan antara dia dan manusia semuanya. Barangsiapa yang memyelesaikan urusan akheratnya, niscaya Allah akan memyelesaikan baginya urusan dunianya. Barangsiapa yang selalu menjadi penasihat yang baik untuk dirinya sendiri, niscaya Allah akan menjaganya dari segala bencana"

Cinta & Rindu lah Pada Allah.
Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar..semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya


~ Wallahualam ~



0

LAFAZ-LAFAZ CINTA PENUH DOSA



Ayat-Ayat Cinta
Sebuah cerita cinta, lebih kerana hablum minallah, demi keagungan takbir di lembah-lembah penuh fitnah dan dosa. Itulah gambaran yang terpapar dalam sebuah cerita yang mengangkat kisah nabi Allah Yusuf as sebagai tulang belakang kepada plot cerita Ayat-Ayat Cinta.

Teringat beberapa isi penting dalam buku Aku Terima Nikahnya, sentuhan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil lewat pembacaan saya beberapa bulan yang lepas. Isi buku yang membawa saya untuk berfikir jauh membelah tahun demi tahun. Sarat dengan nasihat yang boleh disedut.

Allah SWT mengajar manusia supaya mengurus cinta sebaiknya. Ia ibarat petrol yang membakar. Kuasanya digunakan untuk menjana kuasa kerja. Ia mudah terbakar. Pantang disentuh, terus menyala. Oleh yang demikian, manusia awal-awal lagi dinasihati supaya berhati-hati dengan cinta.

Namun, manusia sering lupa. Mungkin kerana kurangnya kasih sayang dalam kehidupan menyebabkan manusia tidak menyempat-nyempat untuk bercinta, mengisi kekosongan jiwa mungkin. Dalam usia seputik jagung, fikiran yang belum matang dan dorongan nafsu yang membara, akhirnya ramai remaja yang dibius cinta.

Aku Dibius Cinta

Aku dibius cinta. Lagu nyanyian Melly Goeslow, memberi satu gambaran holistik akan gejala menyimpang muda-mudi.

Aku dibius cinta bukan lagi soal baru. Ia pernah berlaku sejak dahulu lagi. Dibius cinta juga merupakan bencana yang menimpa wanita bergelar Zulaikha.

Manusia yang dibius cinta sudah hilang pertimbangan waras fikirannya.

Keinginan yang membuta tuli hasil 'tarbiyah' keserakahan nafsu yang menjijikkan menyebabkan terangkat segala rasa malu yang membawa seseorang kepada kerendahan nilai diri. Aku dibius cinta juga mampu menyesatkan seseorang dalam cahaya yang terang benderang. Dek kerana mengejar cinta, tidak mustahil, wanita yang bertudung labuh mampu tercabut rasa malunya, lelaki berjanggut sejemput juga mampu hilang pertimbangan waras akalnya. Bahana cinta yang tidak terpimpin.

Cinta sebegini bukan sekadar buta, malah membutakan. Cinta ini bukan sahaja membius kewarasan minda. Malah, cinta ini juga mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata. Kesesatan itu menjadikan Zulaikha GILA.

Bius itu satu kelumpuhan. Resapnya merebak keseluruh badan. Manusia yang dibius cinta tak lut dengan cakap-cakap biasa manusia sekeliling. Malah, debat kita dan dia hanya menambah jauhnya kita dengan dia.

Bagi mereka yang bersungguh-sungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu untuk mencegah diri daripada biusan cinta, hanya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf as. Tidak tunduk kepada cinta songsang. Tidak tunduk pada paksa. Tidak tunduk pada suasana.

Kata Yusuf as,

" Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan terjadilah aku dalam golongan orang-orang yang jahil".

Cinta itu besar nilainya. Cinta itu suci. Maka, janganlah kotorinya dengan nafsu yang membalut jiwa.

Penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Kembalilah kepada nasihat Allah SWT dengan memegang tali-tali Allah. Jangan sekadar berdolak dalik secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha untuk bermujahadah. Yusuf sanggup meringkuk dalam penjara bertahun lamanya demi menjaga diri dari terbius biusan cinta.

Berhati-hatilah dengan cinta. Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

Lafaz Cinta di Lembah Penuh Dosa

Tidak semua orang akan mampu kekal sebagai muslim dan muslimah yang teguh iman cintanya kepada Allah SWT. Di kala dia terus hidup berdampingan dengan lembah hina yang penuh dengan kemaksiatan, kejahatan dan kekufuran. Tapi, di tengah lumpur dosa yang pekat itulah, berpijar gelombang pahala dan kasih Allah bagi mereka yang istiqomah mengumandangkan nama Allah, bersujud kepadaNya, dan membangkitkan hidupnya untuk mengorbankan nyala iman di relung hati. Inilah aura hati yang penuh cinta, yang selalu menyala dari lembah hina yang penuh dosa.

Jadilah umpama air jernih yang mengalir, suci lagi menyucikan. Bukannya air yang bertakung, mengundang keladak, tercemar dan mengeluarkan bau yang memeningkan.

p/s ~ Entry ini saya tulis untuk melepaskan segala tekanan yang membatu dalam minda.Ia tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah pergi. Hanya potret jiwa yang mampu dikongsi bersandarkan pembacaan saya dalam beberapa buah buku. Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Lafaz-lafaz cinta, Kitab cinta Yusuf dan Zulaikha. Isinya masih tergantung, akan disambung jika masih ada mood untuk entry sebegini. Huh! Apapun, cinta itu tiada salahnya, namun jiwa-jiwa lemah longlai yang tidak mampu berhadapan dengan realiti cinta akhirnya membawa kepada cinta songsang yang menyesatkan. Tenggelam dalam gelap zulumat. Nauzubillah.

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...