Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
0

Apabila Al Quran Bermadah

 

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang


Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa.....


Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.......
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan........


Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.......


Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..


Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi...
engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupaka...
  
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu


Mengasyikkan...........

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatkan.....


E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

*Astagfirullah...Sedor Ckit Wahai Pengarang..
Perkahwinan Paling Berkat,Paling Murah Belanja

Perkahwinan Paling Berkat,Paling Murah Belanja

Hari ini,aku banyak sungguh ter Isnpired..syukur.jadi aku tukar font la..ihihi..Memang suatu hari yang baik yang tiada masalah..harap-harap hari yang baik ini tidak akan "hujan di tengah hari mahupun di senja hari"..aku tak mau cakap banyak-banyak..sebab rasa nak tulis n post somthing pulak lepas ini..
p/s : bila dah banyak sangat idea gini lah jadinya..3 4 entry la aku taip..wahhahaha

mari kita dengar apa yang Ustaz Azhar nak ceritakan tentang perkahwinan yang lebih afdal yang membawa berkat.Mungkin!!!

Ok Ustaz Azhar...Ce citer...Ce citer..koma dengar yer..


jadi bagaimana..jika anda berminat taip aku suka  dan hantar ke no telefon sendiri..huuhuu..

Ikut la sunnah nabi..kenapa manusia suka meninggi ninggikan adat dan ikutan orang dari sunnah rasullah..
especially orang melayu..
apa-apa pun 
Fikir + Buat Pilihan + Gerakkan Badan & Minda = Keberkatan

wassalam
1

Berpantang maut sebelum ajal


Kelmarin aku Sempat Membaca satu keratan Akhbar..Bila Baca terasa diri ini ter-inspire..kagum pun ada dengan kisah ujian y d berikan pencipta padanya..

Beginilah kisah y smpat aku coretkan sedikit tentang Datuk Sarimah Ahmad..segala-galanya bermula bila..
“Bila doktor memberitahu jangka hayat Beliau hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Beliau amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya.Beliau Berkata lagi bahwa harus menerima qada dan qadar Tuhan.

Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.
Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.

“Tatkala doktor mengesahkan Dia mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Beliau hanya melafazkan `aku reda’.Satu ungkapan tabah nya seorang hamba menerima ujian dari Allah swt..Subhannallah

“Katanya lagi dia percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua,”Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.

Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.

Akhirnya Beliau berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang Beliau katakan sebagai umat Islam, Dia reda dengan ujian Allah

Kerana Allah Sentiasa Bersama kita.Tetiba aku teringat kata2 dari ustaz asri..
  

"Santapan Rohani"...Allah sentiasa Bersama Kita wahai saudara Ku Semua..Moga akuu Diberikan Hati setabah Beliau dan terus tabah dan sabar dalam menempuh liku-liku dan sisa hidup di bumi  Allah ini.

Walluhualam........
2

BUKAN USAHA TETAPI DOA

 Assalamualaikum...



Jika Si Dia Bukan Milikmu..hahaha

Baru ajer siap baca buku Penawar As-Syifa.Makin dibaca makin best pulak.mungkin sebab isinya padat dan menarik untuk aku terus membaca.Jadi aku ingin berkongsi kpd semua.Ini aku ambil y mana yang aku rasa perlu buat masa sekarang.nak taip bnyk2 pon tkt tak terbaca lop..

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.

Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),
* Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik
* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).
* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya
* Serta ia mendustakan perkara yang baik
* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{Riwayat Bukhari}



Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda .Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.


KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...