Solat Sunat Witir

Views:
Video Information
Alhamdulillah Masih diberi kesempatan untuk menyampaikan apa yang baik dan benar.Itu lah yang dipanggil dakwah.Antara tazkirah yang aku sempat simpan dalam benak ini adalah tazkirah berkenaan dengan Solat Witir.



Solat Sunat Witir merupakan solat sunat terakhir atau solat penutup didalam satu malam.Solat Sunat Witir ini solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat.

Ia dinamakan dengan Witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain..

Waktu Solat Sunat Witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.

Kelebihan Solat Sunat Witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa`ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah). 


 Ok sedikit saja la.harap apa yang di taip ini sampai kepada anda yang sudi membaca blog ini.Moga kita sama-sama terus diberi hidayah oleh NYA.


Ya Robb...
Pimpinlah Daku,Yang Lemah ini,Mengharungi Segalanya,
Ku Memohon Pada Tuhan,Diberikan Kekuatan,
Ku Merayu Pada Tuhan, Diterima Amalan
Filed Under:
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...