0

MaafkanDaku !!!!.....



Kadang-kadang Allah Menguji keikhlasan hati kita..bila sudah ckup dgn kemampuan diri kita..Allah balas dengan kemanisan ats Kesabaran kita..aku Bersyukur sbnrmya dengat berkat Doa kedua ibu bapa,kawan-kawan dan tak lupa pada warga sekolah y bnyk kali buat smyg Hajat spya Aku lekas sembuh..Alhamdulillah Aku kini semakin Bertmbah sihat..Makin Bertenaga.Makin bertambah keyakinan dlm diri aku..

Tapi dlm aku ingin kembali mengenal erti kehidupan y brsifat semntara ini ada juga segelintir y tidak suka akan diri ini..Kenapa Ya..Dimanakah Silap nya..????????...

<====== <====== <======= <======= <======= <=======<======= <=========
Back To Da Future...

Long Long time Dulu mmg aku sngt suka pada sorg Cikaro ni.Sekarang lagi bertambah suka + Minat pulok..suka sgt smpi jd smber inspirasi..
*Boleh la pgil cikaro..p Cikaro ni cikaro y muslimah la...

Sb Apa yer aku suka pada Dia ya???...ermmmm..Manusia la Katakan..Ada Perasaan...^_________^
Kami kerap Berhubung..hari berganti hari..bahkan klo tak berhubung sehari cam rs pelik..ader jer smthing y tak kena..lama jugk la kitaorg  berhubung..hubungan kian Mesra...Hati Mula Menggelodak..Jiwa Semakin Memberontak..Hati memang Bahagia la..

Until.....1 Day......Aku terjaga Dari lamunan tidur ku Y panjang..Agaknya la..

Rupanya...baru aku tahu sebenarnya....Apa Dia ???
*Pergaulan y selama ini buat aku bahagia itu rupanya jln y mmbwa kepada zina kecil.walaupun D-create melalui perhubungan alam maya..
*Perasaan y aku simpan rupanya boleh membawa kepada kemaksiatan..

Nauzubillah Hi Minzalik...

Lalu aku Membuat Langkah Y Drastik untuk aku kembali ke landasan y tepat pada jalan Allah..
i-Me-remove
ii-Menjauhkan
iii-Mengurangkan
iv-Berdiam
v-Dan Menunggu

Langkah ini sebenarnya bersifat semntara..Aku Buat semua perkara diatas supaya "Perasaan" y tebal menimbul pada Cikaro muslimah tersebut berkurang,menipis dan susut menjadi normal..Aku tidak mahu mengambil risiko..teringat Akan Kata2 seorang Teman..Berdosa sekiranya kita Mengingati seseorang lelaki/Perempuan y bukan muhrim melebihi ingatan kita pada y maha esa..Jadi Kene la Cepat kawin..Boleh Ingat kat Suami/Isteri..Dosa Terhapus,Pahala Bertambah..hihihi...
Jika Sampai suatu masa,keadaan akan kembali normal..insyallah..

Back To Da Prkara Sebenar (Title) diatas..
=====> ======> ======> ======> ======> =======> =======> =======> =======>
Rupanya Ada org y tidak suka akan diri ini..Aku tidak Tahu dimana Silap nya..???..Kerana PERASAAN y timbul itu,Aku berusaha Melakukan y terbaik untuk diri sendiri dan untuk org lain..Tapi Mungkin Tanggapan Org lain tidak sama dengan Tanggapan Diri ini..huuuuhhh..Tidak Mengapa la..aku tidak menyalahkan sesiapa..huhuhu..

So, Usia Diri ini Kian Bertambah, Bermakna Semakin Berkurang la Umurku..
So, Semakin hampirnya aku ke kubur sendiri.
Aku tak tahu di mana letaknya dan aku tahu bila..jam berapa? Minit ke berapa? Tahun? Bulan yang mana 1? Mungkin lepas aku berblogging ni, aku dah takder lagi ..sudah pergi ke satu alam YANG SANGAT PASTI.

Padaku, hanya KEMATIAN saja merupakan perkara yang pasti dalam hidup ni bagi setiap yang bernyawa.
Kullu nafsin zaiiqatul maut [setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati].


Bersediakah aku?
Masih bergelumang dengan maksiat kepadaMu.
Masih hanyut dengan dosa.
Masih enggan bertaubat ..jauh sekali taubat nasuha.
Masih lalai dengan dunia yang diibaratkan seperti bahan buangan manusia.
Masih menagih cinta insani, jauh sekali mendamba redha dan kasih Illahi.
Kenapa aku ni????!!!!!!!!!!

Astagfirullah hal adzim...............[-______-"]

So Sekali lagi..Aku Minta Maaf  pada korang semua y mengenali aku especially pada seorang rakan..
manusia tidak semua perfect dan pasti melakukan kesilapan..jadi dari kesilapan itu aku bermuhasabah, berusaha menjadi y lebih baik.

MaaFkan DiRi Ini...

Wallahuallam...
2

BUKAN USAHA TETAPI DOA

 Assalamualaikum...



Jika Si Dia Bukan Milikmu..hahaha

Baru ajer siap baca buku Penawar As-Syifa.Makin dibaca makin best pulak.mungkin sebab isinya padat dan menarik untuk aku terus membaca.Jadi aku ingin berkongsi kpd semua.Ini aku ambil y mana yang aku rasa perlu buat masa sekarang.nak taip bnyk2 pon tkt tak terbaca lop..

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.

Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),
* Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik
* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).
* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya
* Serta ia mendustakan perkara yang baik
* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{Riwayat Bukhari}



Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda .Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.


KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.
0

Tunggu lagi ker ???....

 
 
~~Waiting patiently~~
People said that if you really love someone let her go
 If you are meant to be together
She will return
 But its not that easy

 ~~to forget~~
♥ ♥ ♥
...hahaha...

Ustaz Azhar Berbalas Pantun

Ustaz Azhar Berbalas Pantun

Mari Kita Pakat Tengok Nape Ustaz Azhar Nak Kata..
huhu..





Dah dengar dao kan..
Jadi Meh la Kita pakat G dengor ceramoh beliau..
Bukan saja dapat ilmu bermanfaat bahkan boleh me-release ketensionan..
Bukan Apa Bekalan kita Diakhirat nanti.
Dari Duk Dengor Mnda-mnda Dok tentu hala.

Ok Selamat Beramal..
2

Practise blaja Light Tagging

Bismillahirrohmanirrahim..
"Dengan Nama Allah Y Maha Pemurah Lagi Pengasihani"


Lama sungguh aku tidak update blog..
huhu.
Bukan kerana malas.Tapi sibuk dengan Aktiviti Luar
Aktiviti y aku boleh melegakan otak dan melupakan stress.
hohohoo..

Dah berminggu aku dan rakan research nak buat something cam gmbar kat atas tu..
Ia dipanggil Light Tagging..
kat negara luar bnda ni dh lama..kat mlysia jer ktinggalan ckit..
pape pun bukan senang nak buat.
perlu kemahiran untuk menulis terbalik
& sedikit kreativiti..
Jika menjadi ia satu kepuasan..
bagi aku la..
huhu.



Pape pun teruja kat My Dslr kerana mberi 1 kepuasaan y mlupakan aku pada kesakitan & stress..
Ohh Ya Allah... thanks for everthing..


0

Sepintas Lalu



Masa ini...
Semua xtiviti yang biasa sdh aku lakukan..

Sukar......Sukar.........
Susah......Susah.........

Nak melapkan mata..
tak tahu nak buat apa..
So mcm biasa la..
buka citer Lgendak budak setan..
tgk dan layan jap..feeling sorg2....

Sampai part kat tengah-tengah
aku terkedu dan terpikir akan sepotong demi sepotong ayat dlm citer tu..

 Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Ada Apakah Dengan Cinta..?
Aku berfikir,
fokus pun hilang..
memang cerita nya seakan skrip hidup aku..
Jauh nya Melencong Cinta pada yang Kekal Abadi.
tapi adakah mungkin penamat hidup aku sebegitu..?
Mungkin kah air mata akan berderai kembali ?
Dan  mugkinkah...mungkinkah....??????

Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

 
Ya Allah..
Aturkan Hidup Aku
Sesempurna Hidup Seorang Khalifah
Bernama Hamba Pada Sang Penciptanya...
1

Mujahid






 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mungkin ada di antara kita yang membaca apa yang aku tulis ni seoalah2 ia seperti satu ungkapan yang hipokrit.. tapi mengapa ada juga yang berpemikiran sebegitu…salah ke andai itu yang diucapkan dari mulut yang hina ini.. salahkah perasaan n kehendak aku yang lemah ini wujud dalam benak hati yang kotor ini…\ = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Namun itulah hakikat kehidupan sekarang.. orang ramai semakin bencikan percakapan yang bercorak keagamaan,orang ramai tidak lagi sukakan satu perubahan kebaikan.. yang baik dibiarkan baik.. dan yang jahat dibiarkan jahat..bagi mereka jika seorang yang ingin berubah dari kejahatan ke arah cahaya kebaikan
adalah sesuatu yang janggal dan dipandang enteng dan diperlekehkan.bila seorang melakukan kebaikan diperli,ditertawakan.. dan bila masa seseorang itu membuat sesuatu kejahatan maka orang itulah yang best.. yang dipuja.. 

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mengapa?Agaknya sudah tidak bermata lagikah mereka ini.. 
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Bagiku orang yang sebegini mempunyai mata yang celik tapi buta pada mata hatinya.. 
nauzubillah min zalik..Jangan disempitkan akal pemikiran kita ini apabila sesuatu istilah 
itu diguna pakai oleh seseorang..berpemikiran jumud maka padah yang menanti.. kerugian
dan kekeringan buah fikiran menjadi habuan.. maka perkataan mujahid
sebenarnya sesuai diguna pakai bagi semua masyarakat islam di dunia ini.. 

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mujahid ini bukannya istilah untuk para pejuang islam yang memegang pedang, senapang semata-mata
tetapi istilah mujahid jugak adalah sesuai diguna pakai bagi semua umat islam kerana
maksud mujahid adalah datang dari perkataan Arab iaitu dari perkataan jahada,yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan.
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi
bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan
semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun
di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad. Dan apabila ia
ditulis mujahid maka ia beerti seorang yang bersungguh-sungguh..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Apa yang ingin di ketengahkan ialah mengenai kesungguhan diri kita dalam melawan hawa nafsu. 
Melawan hawa nafsu bukanlah satu tugasan yang mudah iaitu dengan memadam segala kehendak 
dan kelazatan dunia yang membawa kearah kebinasaan diri. Jadi pentingnya aku dan kamu menjadi 
seorang mujahid bagi memastikan diri kita terhindar dari segala mcam keburukan hawa nafsu. 
Maka sangatlah penting aku dan kamu sentiasa menjadi seorang yang mujahid yang sentiasa 
bermujahadah dalam mengawal hawa nafsu diri sendiri..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Jom melatih diri dalam membentukkan diri menjadi kembali kepada fitrah Muslim yang sebenar dengan bersungguh-sungguh melawan bermacam jenis nafsu yang akan menguji kita
Jadi, rasanya tidak menjadi kesalahan andai aku dan kamu menggunakan istilah
mujahid bagi setiap diri kita sebagai memotivasikan diri yang selalu lari dari
panduan Ilahi….Jadi jangan sempitkan sesuatu istilah yang diguna pakai oleh
seseoarang dalam menyatakan niat dan pandangan.. dan nasihatku bagi yang mencintai
perubahan diri kearah kebaikan agar mempedulikan setiap bait yang datang mencela..
insyaAllah setiap usahamu itu dipandang yang MAha MElihat..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Segala yang ku tulis disini kemungkinan banyak kesalahannya yang tidak aku nampak
kesalahannya kerana mungkin kekurangan ilmu yang dimiliki... Maka sebarang
teguran ku terima dengan berlapang dada…Semoga aku dapat menjadi seorang mujahid yang benar…… walaupun kehidupan ini akan seringkali diujiNya dan didatangi berita sedih yang tak disangka-sangka…………………
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Walluhualam........
1

Bagaimana Ya ?..

Bagaimana Ya

Untuk Menceriakan Hati ini.?

Untuk Membahagiakan Hati ini ?

Untuk Memujuk Hati Ini Supaya Sabar ?


Bagaimana Ya

Bisa Ku Ungkapkan Rasa y terbuku di hati ini ?

Bisa Ku lafazkan Y tersirat di dada ini ?

Bisa ku berkata-kata?


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(Ali Imran : 103)



Langkah demi langkah ku uruti.

Biarku tak pasti sampai bila baru akanku jejak puncak paling tinggi,

tapi aku mahu yakin akan janji Tuhanku dan kamu itu pasti...
0

Oh My Kipas Kontot Ku !!!...

Salam semua.

Tadi Penat aku.Penat sampu sampah,kemas-kemas makmal.susun meja Susun kerusi.
Walaupun dah tersusun aku buat Kacau Dulu..Bia Bersepah..Haa bila dah bersepah tu..Bole la aku kemas..
*Tension punya Pasal..Tak kira la kan.Yang penting nampak ckit wat keje..Lantak la.hahaha

Bila balik keje tu ingt nak la terbang kat katil tu nak tido..pasang jer kipas..Aiiii heran aku. nape la tak berpusing ni kipas ni.."aku ckp dlm hati" klo ckp sorg2 kan org sebelah ckp gila plok..sebab aku sorg jer y bru smpi kat umah.kn..

Aku pun speaking la ngn Kipas kontot aku ni.aku ayat la kan.nape la ko x pusing2 ni..dah la tension..ko tak berpusing lagi aku tension..panas ni bro.."aku Ckp kan"

Tetiba jer dtg 1 suara, nak kta mengusik takla  jugak..suara tu berkata..

Aku dah 2 tahun berkhidmat tuk engkau..aku nk berehat la pulok.lenguh habis urat sendi aku asyik berputar je hari2..ko blik jer ko putar aku.blik jer putar aku..dah naik pening aku..ko beli panadol EXTAND kt aku 1bji nti..x pun Hntr aku pergi "klinik".


Eh xpsal maki aku pulok..
Ohh..ohh..baru aku tahu suara tu dtg dari mana..
Rupanya Suara Hatiku y berkata2..CEssssss....Ngoblok..
ahh x kira la..Aku pun tido la wlpn kecewa..huuuuhhhh


Mlm tu lps selesai solat isyak,turun jer dri masjid terus jer meluncur laju ke pasaraya..
hah..Buat apa ?
Tanya Lagi....
Beli kipas libas y baru la..
Akhirnya mlm tu aku boleh tido dgn nyenyak.lgsg xde nyamuk ketik-ketik lagi

waaa..lajunya..Besar lak tu..huhu..ok keep working.teruskan menyejuk tubuh aku ni..
 ok hubby..
Aku sayang kamu laju-laju...ok..
xde keje ngoh entry ni...huhu..

4 da Next entry..tguuu.bacaan dari surah al waqiah..
surah y aku suka sgt y selalu menyedarkn aku..
 klo ok aku publish la..hohoho..

ok sekian...

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...