Tahun ini, Tahun Hijrah!

Views:
Video Information
Assalamualikum...oiitt..ad orang tak ni..hahaha...adoii.. Lama aku x berkarya...rindu pulak rasenya..tangan pun gatal-gatal jer harini..haha.. :)

Sedar tak sedar. Sudah setahun berlalu. Dah nak melangkah ke tahun baru dan sekarang dah nak melangkah ke  2011(dalam perkiraan masihinya). Begitu juga beberapa minggu yang lalu, 7 Disember 2010. Kita menyambut awal Muharram yang menandakan melangkahnya kita ke 1432H. Sering dan sayangnya, sambutan tahun Islam ni seperti dikesampingkan. Ramai  yang tak perasan kecuali sebab ‘1Malaysia’ cuti!

Bercerita sekitar tahun baru Islam ni terlebih dahulu, sejarahnya: tahun Hijrah diasaskan Saidina Umar Al-Khattab r.a, Khalifah  Ar-Rasyidin yang kedua. Tahun Hijrah adalah sempena memperingati peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Namun lebih daripada itu, hijrah sebenarnya membawa pengertian yang lebih hebat dan lebih meluas lagi.
Sebagai contoh, Saidina Umar yang selaku pengasas kalendar Islam itu sendiri telah melalui ‘hijrah’nya. Bermula dengan hijrah dari masa jahiliyahnya itulah yang membawanya menjadi Umar yang berani mencabar orang-orang musyrik dari menghalang perjalanan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.

“Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan
disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka
menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup
menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana
kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.”

Demikian barulah kaum muslimin Mekah berani menyahut seruan hijrah kerana berasa aman dari ancaman kaum musyrikin. Maka, dialah Umar! Umar yang menjadi pembeza yang hak dan yang batil! Dia juga adalah Umar yang masa jahiliyahnya, pernah menanam anaknya hidup-hidup. Namun ‘HIJRAH’ dirinya kepada ISLAM itulah yang mengangkat darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah s.a.w.

Lihat! betapa besarnya erti ‘HIJRAH’ ini…jika Umar boleh, mengapa tidak kita??? Umar manusia, kita juga manusia. Dalam pandangan Allah, semua manusia sama kecuali yang membezakan kita adalah AMALAN dan TAQWA!

Kini sudah tiba tahun baru lagi, mungkin kita terlepas Muharram-Hijrah. Tak mengapalah. Mari kita mulakan dengan yang ke depan ini, Januari-2011!

Mari jadikan tahun ke depan kita ini satu ‘hijrah’ yang bererti. Berhijrah kita dari kebiasaan yang tidak mendatangkan manfaat kepada yang boleh mendatangkan berkat dan redha Allah SWT. Tinggalkanlah ‘karat-karat jahiliyah’ yang mungkin masih menebal dalam diri kita akibat iman yang sudah teroksida. Tahun baru ini, ada yang bakal kembali ke sekolah, kembali ke IPT, kembali bekerja (sudah mesti). Mari letakkan satu azam baru: HIJRAH!

Jika dulu kita rasakan hidup ini kosong, tak ada matlamat yang jelas. Adakah sekadar belajar, masuk universiti, dapat ijazah, berjaya dapat kerja bagus-bagus, kahwin, dapat anak, dan menunggu mati? Mungkin ini persepsi masa ‘jahiliyah’ kita. Lalu, ayuh kita berhijrah supaya kita tahu sebenarnya, banyak yang perlu kita perbuat di dunia ni. Masih banyak yang belum kita lakukan! Segala amalan di dunia inilah yang menentukan siapa kita di akhirat nanti.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (3:104)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (3:110)

Pasti, hijrah dan tahun baru kali ini adalah hijrah dan tahun ‘penebusan’ bagi target-target yang masih belum terlaksana. Moga hijrah dan tahun ini juga adalah langkah ‘pembetulan’ bagi segala kekhilafan.
Jadi, jangan buang masa. Jangan berlengah untuk berhijrah! Ayuh kita jadi Umar, ayuh kita sahut seruan hijrah! Berhijrahlah tahun ini! Allah tidak memandang masa lalu kita sebaliknya kebaikan-kebaikan yang bakal kita lakukan.
  • Moga tahun ini kita menjadi dai’e yang lebih baik. Aaamin. (Ya Allah, bantu kami!)
  • Moga tahun ini kita manfaatkan setiap waktu yang Allah beri dengan penuh kebaikan. (Ya Allah, jadikan berkat dalam urusan waktu kami!)
  • Moga Allah istiqamahkan diri kita dengan perkara-perkara dan urusan-urusan yang baik untuk agamaNya. (Ya Allah, permudahkanlah!)
  • Moga berjaya kita kikiskan lagha dalam hidup kita setahun yang mendatang ini, insyaAllah. (Ya Allah, lindungilah kami, hambamu ini dari cakap tak serupa bikin, lindungilah diri kami dari keburukan akhlak yang menjadi fitnah manusia, bimbingkanlah kami dalam setiap pemikiran, perkataan, dan perbuatan..Aaamin.)
  • Moga kita melalui tahun ini dengan penuh berkat dan kebaikan…amin
Ayuh, persaingan dalam berlumbaan tahun baru ini sudah bermula.
“Fastabiqulkhairat!!”
Filed Under:
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...