Aku hanyalah seorang hamba Allah

Views:
Video Information
“Aku hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina…
aku ini serba kekurangan…
namun aku punya satu impian…
aku mahu menjadi insan yang baik…
insan yg melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat darinya…
tetapi jika aku tidak mampu, janganlah kiranya aku berbuat kejahatan, atau kejahatan dalam kebaikan…
biarlah aku berdiam diri andai aku masih belum bersedia…
kini aku lemah, namun tidak pula aku mahu menjadi lemah buat selamanya…
aku harap aku akan kuat…
dan aku mohon sangat-sangat biarlah aku menjadi kuat untuk berbuat kebaikan…
dengan itu aku akan sentiasa berusaha…
dan Engkau sahajalah tempat aku mengadu kerana hanya Engkau lah teman yang benar-benar setia bersamaku ya Allah…
setiap masa dan setiap ketika, tidak pernah walau sedetik pun Engkau tinggalkan aku…
ya Allah… redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini…”
Aamiiin Ya Rabb al-'aalamiiin…
Filed Under:
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...