Mujahid

Views:
Video Information





 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mungkin ada di antara kita yang membaca apa yang aku tulis ni seoalah2 ia seperti satu ungkapan yang hipokrit.. tapi mengapa ada juga yang berpemikiran sebegitu…salah ke andai itu yang diucapkan dari mulut yang hina ini.. salahkah perasaan n kehendak aku yang lemah ini wujud dalam benak hati yang kotor ini…\ = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Namun itulah hakikat kehidupan sekarang.. orang ramai semakin bencikan percakapan yang bercorak keagamaan,orang ramai tidak lagi sukakan satu perubahan kebaikan.. yang baik dibiarkan baik.. dan yang jahat dibiarkan jahat..bagi mereka jika seorang yang ingin berubah dari kejahatan ke arah cahaya kebaikan
adalah sesuatu yang janggal dan dipandang enteng dan diperlekehkan.bila seorang melakukan kebaikan diperli,ditertawakan.. dan bila masa seseorang itu membuat sesuatu kejahatan maka orang itulah yang best.. yang dipuja.. 

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mengapa?Agaknya sudah tidak bermata lagikah mereka ini.. 
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Bagiku orang yang sebegini mempunyai mata yang celik tapi buta pada mata hatinya.. 
nauzubillah min zalik..Jangan disempitkan akal pemikiran kita ini apabila sesuatu istilah 
itu diguna pakai oleh seseorang..berpemikiran jumud maka padah yang menanti.. kerugian
dan kekeringan buah fikiran menjadi habuan.. maka perkataan mujahid
sebenarnya sesuai diguna pakai bagi semua masyarakat islam di dunia ini.. 

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Mujahid ini bukannya istilah untuk para pejuang islam yang memegang pedang, senapang semata-mata
tetapi istilah mujahid jugak adalah sesuai diguna pakai bagi semua umat islam kerana
maksud mujahid adalah datang dari perkataan Arab iaitu dari perkataan jahada,yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan.
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi
bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan
semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun
di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad. Dan apabila ia
ditulis mujahid maka ia beerti seorang yang bersungguh-sungguh..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Apa yang ingin di ketengahkan ialah mengenai kesungguhan diri kita dalam melawan hawa nafsu. 
Melawan hawa nafsu bukanlah satu tugasan yang mudah iaitu dengan memadam segala kehendak 
dan kelazatan dunia yang membawa kearah kebinasaan diri. Jadi pentingnya aku dan kamu menjadi 
seorang mujahid bagi memastikan diri kita terhindar dari segala mcam keburukan hawa nafsu. 
Maka sangatlah penting aku dan kamu sentiasa menjadi seorang yang mujahid yang sentiasa 
bermujahadah dalam mengawal hawa nafsu diri sendiri..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Jom melatih diri dalam membentukkan diri menjadi kembali kepada fitrah Muslim yang sebenar dengan bersungguh-sungguh melawan bermacam jenis nafsu yang akan menguji kita
Jadi, rasanya tidak menjadi kesalahan andai aku dan kamu menggunakan istilah
mujahid bagi setiap diri kita sebagai memotivasikan diri yang selalu lari dari
panduan Ilahi….Jadi jangan sempitkan sesuatu istilah yang diguna pakai oleh
seseoarang dalam menyatakan niat dan pandangan.. dan nasihatku bagi yang mencintai
perubahan diri kearah kebaikan agar mempedulikan setiap bait yang datang mencela..
insyaAllah setiap usahamu itu dipandang yang MAha MElihat..
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Segala yang ku tulis disini kemungkinan banyak kesalahannya yang tidak aku nampak
kesalahannya kerana mungkin kekurangan ilmu yang dimiliki... Maka sebarang
teguran ku terima dengan berlapang dada…Semoga aku dapat menjadi seorang mujahid yang benar…… walaupun kehidupan ini akan seringkali diujiNya dan didatangi berita sedih yang tak disangka-sangka…………………
 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Walluhualam........
Filed Under:
Similar Videos
1 Comment
avatar

InsyaAllah..jgn dipedulikan cakap org2 'itu'..kalau ikhlas kerana kerana Allah dan tiada niat untuk riak..tiada salahnya untuk menjadi seorang mujahid..hope u will be an 'istiqamah' mujahid..InsyaAllah..

Reply

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...