Berpantang maut sebelum ajal

Views:
Video Information

Kelmarin aku Sempat Membaca satu keratan Akhbar..Bila Baca terasa diri ini ter-inspire..kagum pun ada dengan kisah ujian y d berikan pencipta padanya..

Beginilah kisah y smpat aku coretkan sedikit tentang Datuk Sarimah Ahmad..segala-galanya bermula bila..
“Bila doktor memberitahu jangka hayat Beliau hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Beliau amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya.Beliau Berkata lagi bahwa harus menerima qada dan qadar Tuhan.

Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.
Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.

“Tatkala doktor mengesahkan Dia mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Beliau hanya melafazkan `aku reda’.Satu ungkapan tabah nya seorang hamba menerima ujian dari Allah swt..Subhannallah

“Katanya lagi dia percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua,”Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.

Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.

Akhirnya Beliau berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang Beliau katakan sebagai umat Islam, Dia reda dengan ujian Allah

Kerana Allah Sentiasa Bersama kita.Tetiba aku teringat kata2 dari ustaz asri..
  

"Santapan Rohani"...Allah sentiasa Bersama Kita wahai saudara Ku Semua..Moga akuu Diberikan Hati setabah Beliau dan terus tabah dan sabar dalam menempuh liku-liku dan sisa hidup di bumi  Allah ini.

Walluhualam........
Filed Under:
Similar Videos
1 Comment
This comment has been removed by the author. - Delete

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...