Ada Apa Dengan Wanita ini ?

Views:
Video Information
Hari ini rasa nak cerita pasal cerita ini.Cerita ni laa.
Pasal orang yang dah berumah tangga..
saya!!! saya ? saya ? haha..^__^

Ok..Okk..Serius..

Baru-Baru ni ketika hadir di majlis kenduri kesyukuran,terdengar "sok sek, sok sek" daripada beberapa orang isteri yang tak berpuas hati dengan suami masing2.

"Saya ni trpaksa cari duit lebih.Nak harapkan gaji suami,sampai bila."
"Engkau untung lagi kiah.Suami aku jgn disebut nak pegi melancong,nak balik kmpung pun payah"
"hmm..kalau saya tak setuju , suami saya tak berani mnentang."

Apakah rungut-merungut ini baik ? Di luar sana, masih ramai lagi wanita yang menjadi andartu kerana susah nak dapatkan suami.Yang dah berkahwin,tidak puas hati pula.

Memang hidup ini tidak selalunya Indah.Ada saje peristiwa malang atau tidak di duga yang menguji keimanan seorang hamba Allah bergelar isteri. Namun disitulah terletak keindahan bila dugaan dapat dilalui dengan sabar dan tenang serta bertambah keyakinan pada Allah s.w.t

1 kisah seorang Rakan sekerja sebagai pedoman Yang membaca :-

Ada sepasang suami isteri  baru sahaja setahun berkahwin terlibat dlm kemalangan jalan raya.Si isteri mengalami kecederaan y agak parah,namun suaminya lebih kronik krn terpaksa mnjalani pembedahan di kepala hingga meragut sebahagian ingatanya.Doktor sahkan si suami mgalami masalah saraf yang serius dan tidak boleh bekerja.
     Si suami dan isteri berulang alik ke hospital mnjalani rawatan hingga kini.Si isteri melayani suami dengan sabar bagaikan melayani seorang bayi kecil.makan bersuap,menguruskan mandi dan pakai si suami.

Inilah contoh wanita yang hebat diuji  (walaupun tidak sehebat Siti Khadijah  isteri Rasulullah s.a.w). Setiap hari, hidup dijalani dengan tabah dan tanpa rungutan.. Mengapa ?  Kenapa ?

Inilah Pembuktian Cinta kepada suami y tidak berbelah bahagi.Apa-apa sahaja yang Allah takdirkan diterima dengan hati yang lapang Oleh itu Bersyukurlah dan nikmatilah hidup y singkat ini dengan berbakti dan mengembirakan suami mahupun isteri supaya tidak terkilan di kemudian hari.


KITA............

Semakin Hari, Semakin Pendek Hayat Kita,
Semakin Hari, Kita Semakin Menghampiri KeMATIan yang Pasti.

 wallahualam..
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...