Aku Terima Nikahnya....

Views:
Video Information
Tak kawin lagi.Tak terima pun lagi nikahnya..hikhik.
Ada lak pikir sampai takat tu..



Aku Terima Nikahnya, sebuah buku Ilmiah yang diilhamkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku berubah dari membaca novel-novel cinta kepada novel-novel dan buku-buku berilmiah.Bukan senang tau.Kene pupuk supaya hati ni baca benda yang ada faedahnya.Bukan baca untuk berkhayal je.haha.

Mak cakap, "besor jalor doh, tapi baca novel cintan cintun, macang anok dara, cuba gok baca buku2 agama,ada gok pekdohnya",
*fhm2 kn lah diri anda.Bhsa Teganung.

Dush..Dushh..


Adehh..dehh...Rasa nak pitam jer..
Kihkihkih....

Ok apakah isi y menarik di dlm buku ini yang buat saya berfikir.?.Jom baca..

Isi no.1
Mengikat Pertunangan dalam kesederhanaan :-
"Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti.Ia mungkin berakhir dgn perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan "..

 Isi no.2
" Apakah perkahwinan kita kekal smpi hari mati,atau sekadar smpi ke anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban dan kedut wajah,atau gerhana di tengah jalan........."


Isi no.3
"Bujang senang - sangkanya realiti hidup ini sesenangn memahami pembacaan dan idealisme"
"Kahwin Matang - beru tersedar bhwa mnusia itu dibentuk,bagai air membentuk batu, dan bukannya mencetak manusia"


Isi no.4
Berkahwin Bukan kerana HARTA......
Berkahwin Bukan kerana KeCANTIKkan......
Berkahwin Bukan kerana KETURUNAN.....
Tetapi berkahwinlah dengan yang memiliki AGAMA.....

"maka pilihlah yang meiliki agama...nescaya sejahtera hidup mu..,"pesan nabi S.A.W

Isi no.5
"Haris! Haris! Haris tahu tak nama ayah kita ada dalam Quran?" kata saif,anak kpd sepupunya haris.
    "Apa nama Pak Su?'tanya haris kpd saif.
    " Nama ayah kita ABI.Dlam Quran ada sebut nama dia,'kata saif lagi.

    " Tabbat yadaa ABI lahabin wa tabb!"kata saif..
menyembur teh saya ,"


Cukulah lah tu..nak baca lebih lanjut beli la sendiri.haha..
Apapun buku ini telah dibaca 2 kali berturut-turut.


Kali 1 - untuk mengetahui Jalan cerita Aku Terima Nikahnya
Kali 2 -Cuba untuk memahami setiap ayat yang dicoretkan..

Lepas ni kene baca sambungnya iaitu Aku Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta..
Moga pembacaan buku berilmiah ini dapat menambah sumber pengetahuan aku.

Insyallah...
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...