Hakikat Cinta Abadi

Views:
Video Information

Assalamualaikum...
Dengan Limpah Kurnia dan Rahmat Ilahi dapat lagi aku menaip lagi entry kali ini.Tapi Entah kenapa perasaan something tu datang aje..Jadi aku mengesearch sekejap tentang Cinta.

Ya tidak dapat aku sangkalkan lagi memang banyak cabangnya cinta ini.Namun hanya satu cinta saje Yang Bercahaya ,Berkilau, Bermakna, Suci dan Dirahmati Iaitu Cintakan Allah dan Rasulullah..

Memang sudah aku ketahui namun tangan ni asyik gatal jer nak menulis entry sebegini.
tidak Mengapa.At least tidak lah kosong sangat blog aku ni.


Hasil simple survey

Hakikatnya Cinta adalah bahagian dari fitrah, orang yang kehilangan cinta dia tidak normal tetapi banyak juga orang yang menderita kerana cinta. Bersyukurlah orang-orang yang diberi cinta dan dapat menyingkap rasa cinta dengan tepat.

Hikam:

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kembali yang lebih baik.” 
(Al-Qur`an: Al-Imron ayat 14)


Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

Cinta memang sudah ada didalam diri kita, diantaranya terhadap lawan jenis. Tapi kalau tidak hati-hati cinta bisa menulikan dan membutakan kita.

Cinta yang paling tinggi adalah cinta kerana Allah kerana cirinya adalah yang tidak memaksakan kehendaknya. Tapi ada juga cinta yang menjadi cubaan buat kita iaitu cinta yang lebih cenderung kepada maksiat. 
Cinta yang semakin bergelora hawa nafsu, makin berkurang rasa malu. Dan, inilah yang paling berbahaya dari cinta yang tidak dapat dikendali dengan betul.

Islam tidak melarang atau mengekang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta tetap pada relevan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Kalau kita jatuh cinta harus berhati-hati kerana seperti minum air laut semakin diminum semakin haus.

Cinta yang sejati adalah cinta yang setelah akad nikah, selebihnya adalah cubaan dan fitnah saja.
Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah jaga pandangan, jangan berkhalwat berdua-duaan, jangan dekati zina dalam bentuk apapun dan jangan saling bersentuhan.

Jadi Marilah kita mengalihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan memperbanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdaya oleh nafsu, karena nafsu yang akan memperdayakan kita. Sepertinya cinta padahal nafsu belaka. 


Thanks Allah,Memberi dan Mengurniakan rasa itu yang sungguh indah dan sukar aku mengungkapkan dengan kata-kata..hanya ucapan Syukur Alhamdulillah aku lafaz kan..Semoga Cinta Aku PadaMu berkekalan.
Insyallah hu taala minhu zholimin.

p/s: Yang penting lagu best jer.layan jer..klo bising mute kan..hoho
Filed Under:
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...