Pembelajaran ~ Manhaj Taghyir ~

Views:
Video Information
Assalamualaikum...

Pagi Ini dalam 5 minit lepas dapat la blajar somthing dri seorang kawan yang baru lepas menghadiri 1 program...Rasa ok la jgk..Sebab sebelum ni tak pernah lagi dengar ayat begitu..bahasa Arab la tu kot..

1.Manhaj Taghyir : yang bermaksud Manhaj (perubahan) Taghyir (.......) tak sempat nk tnya..huuhuu..Nanti kene tanya adik la..mybe lebih tahu kot mkne Taghyir tu aper..

Kata kawan aku ni Manhaj ni Perubahan..Revival of the Ummah ...Lebih kurang macam kebangkitan ummah itu sendiri la supaya berada di landasan yang betul untuk terus menuju dalam membawa perubahan kepada Islam ..

katanya Lagi konsepnya kena la menjalankan misi mengembalikan kegemilangan Ummah.Apkah Peranan kita sebagai umat Islam dan Apakah sumbangan kita sebagai umat Islam Dalam Mengembalikan kegemilangan Islam ..

Sebenarnya aku pon terkial-kial apa la sebenarnya Manhaj Taghyir ini..lantas aku mengesearch sendiri..


Perubahan merupakan cogan kata yang kerap dikemukakan pada suatu ketika dahulu oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi (Revolution Era). Sebagai satu contoh, suatu ketika dahulu, aliran Marxisme dikatakan aliran yang paling menonjol sekali dalam aliran ekonomi telah menghasilkan sebuah teori bahawa perlunya dunia melalui satu revolusi bagi menghapuskan sistem kapitalis.


Hassan Al-Banna, pemuda  Islam melihat beliau sebagai ikon reformis muda
Menyedari hakikat itu, rata-rata mencari siapakah agen perubah bagi sesebuah ideologi yang dibawa. Diantara aset terpenting yang merancang kepada perubahan adalah generasi pemuda. Teori Barat dan Islam menyetujui pendapat itu. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam sebuah hadith :
" Ambillah peluang lima perkara sebelum datang kepada lima perkara : Usia mudamu sebelum tua, sihat sebelum sakitmu, kaya sebelum miskinmu, hidu sebelum matimu, lapang sebelum sakitmu".
(Al-Hadith)

Pada hakikatnya, usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi serta darah yang sentiasa 'panas' bagi menegakkan idealisme yang mereka ingin tegakkan. Atas sebab itulah, sejarah memperlihatkan kaum tua sering bergaduh dan berselisih pendapat dengan kaum yang lebih muda ini. Ini adalah salah satu perkara yang telah dibicarakan oleh Allah dan menjadi satu Sunnatullah sebagaimana firmanNya :
"...dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami perilirkan diantara manusia.."
(Ali-Imran :40)

Oleh kerana itulah, pemuda harus ditarbiyyah dengan Al-Quran dan Sunnah. Pemuda ini golongan yang diperhati oleh Barat, maka masyarakat Islam perlu memainkan peranan terlebih dahulu. Antara kita sedar ataupun tidak, kenapakah pemuda ini menjadi sasaran oleh musuh Barat untuk dihancurkan terlebih dahulu berbanding kaum yang lebih vateran? Kenapakah mahasiswa dikalangan pemuda ini tidak dibenarkan berpolitik sebagaimana orang yang bukan berada di dalam kampus,  adakah semata-mata mereka 'anti-establishment' atau ada satu gelombang perubahan yang dibawa oleh mereka?

Ulama' harakah telah mengklasifikasikan kajian ini sebagai salah satu cabang fiqh yang diberi nama sebagai Fiqh Taghyir (Pemahaman Terhadap Perubahan).

TAGHYIR : SATU CIRI MANHAJ ISLAM ?

Satu daripada ciri-ciri Islam itu adalah bersifat 'merubah'. Ia menolak cara menempel atau memperbaiki semata-mata. Ia juga tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau suku-suku atau ia sendiri tidak ingin hidup bersama jahiliyyah. Firman Allah :
" Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah"
(Al-Baqarah : 193)

Cuba kita perhatikan manhaj dakwah Nabi SAW dalam menghadapi jahiliyyah, terus terang menunjukkan ia bersifat 'taghyir' (merubah). Tatkala orang-orang musyrikin Quraisy menemui Rasulullah SAW untuk menyembah tuhan mereka selama sebulan dan Tuhan Muhammad selama sebulan, Allah menurunkan surah Al-Kafirun.

WAJIB MERUBAH DAN BERUBAH

Islam sudah pasti meletakkan Islam itu pada suatu tempat yang lebih tinggi. Sekiranya Islam itu dipermainkan oleh umat akhir zaman ini, maka telah menjadi suatu perkara ' dharuri' (kewajipan yang berat) bagi setiap pemuda untuk merubah mengikut corak dan keinginan Syariat Allah. Perubahan Islam yang dicita-citakan itu pula bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang. Perubahan Islam adalah suatu perubahan yang mempunyai auranya tersendiri.

Secara ringkas, Rubi'e bin Amir R.A. pernah berkata kepada ketua angkatan bersenjata Parsi yang bernama Rustam, apabila mereka ditanya tentang kemaraan orang-orang Islam :
"Allah mendatangkan kami untuk mengeluarkan hamba-hamba (manusia kepada manusia) kepada hamba Allah (manusia kepada Allah). Dari kesempitan dunia kepada yang lebih luas, Dari kezaliman kepada keadilan Islam. Maka kami diutus untuk menyeru agama Allah. Barangsiapa yang menerima, maka kami tinggalkan mereka di tanah air mereka, dan barang siapa yang enggan, maka kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan."

CIRI PERUBAHAN ISLAM

Islam itu mudah, berubah melalui tiga ciri utama ini :

1. At-Taghyir Bil Kulli (perubahan secara menyeluruh)

Islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan manusia, tapi ia merupakan manhaj yang menyeluruh. Oleh kerana itu, Islam tidak mungkin dicapai dengan cara rekaan semata-mata, apatah lagi secara 'irtijalli' (tanpa program).

2. At-Taghyir Bil Aqidah (perubahan dengan aqidah)

Aqidah adalah penentu kepada tabiat perubahan. Maka telah menjadi suatu kewjipan bahawa setiap perubahan itu haruslah berpandukan Syariat.

3. At-Taghyir Bil Ihsan (perubahan melalui kemanusiaan)

Lihat saja perubahan yang dibawa oleh Islam, ia tidak menuju kepada kebaikan melalui jalan keburukan, melalui proses pembersihan etnik dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Ia juga tidak membina bangunan diatas tengkorak dan darah.

KESIMPULAN

Sekadar suatu kesimpulan, pemuda perlulah dilatih untuk mempunyai ciri-ciri berikut bagi melahirkan seorang reformis yang betul-betul hebat berevolusi :

1. Melatih mentaati perintah Allah dan Rasul SAW.

2. Melatih mereka dengan uslub dakwah yang mantap : Uslub Taujih dan Irsyad (Pengarahan dan pengajaran), uslub Munaqasyah Bil Hadaf (perbincangan secara objektif), Uslub Targhib dan Tarhib (penggalakan dan amaran) dan uslub sirah.

3.Melatih mereka dalam soal tanzim (berorganisasi) dan masuliyyah (tanggungjawab)

4. Melatih mereka hidup susah untuk lebih cekal.

Wahai pemuda dan pemudi, andai anda masih belum melalui ke semua latihan yang digariskan, jangan harap untuk kita melakukan satu revolusi kepada perjuangan Islam!

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut sila klik link Ini http://penumpasjalanan.multiply.com/journal/item/683

Wallahhualam...  
Rasa nak berpantun pulak..haha..

habis sepagi hari ini..
satu entri sudah beerti..
kene mandi pulak ni. 
Ada usrah la pulak nanti..
Filed Under:
Similar Videos

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...