Bila 2 Hati Bertemu dan Berpisah kerana Allah

Views:
Video Information


Abdurahman bin Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallalhu'anhu dan isterinya Atikah binti Amr Nufail radhiyallahu'anha adalah dua insan yang saling mencintai,menyayangi dan hatinya selalu terpaut antara satu sama lain. Dua sejoli ini sama-sama memiliki kekuatan agama, sama-sama soleh dan sama-sama mencintai Allah dan RasulNya. Mereka saling mencintai dengan cinta yang sulit digambarkan dengan lisan, tidak pula dengan tulisan.


Melihat hal ini, Abu Bakar menjadi gundah, ia khuatir akan iman mereka. Jangan-jangan kecintaan mereka kepada pasangannya membuat mereka lalai menapaki agama. Lalu apa yang dilakukan Abu Bakar menyingkap keadaan ini? Sungguh diluar dugaan, ia meminta Abdurahman untuk menceraikan isteri tercintanya, Atikah radhiyallahu'anha. Dan subhanallah, mereka pun bercerai.

Cinta yang suci diikat dengan agama, dibingkai sutra kasih,dihias rasa sayang, bertabur bunga rindu itu, kini harus berakhir. Khuatir kalau-kalau dengan kecintaanya masing-masing menyebabkan mereka lalai terhadap agama. Padahal cintanya suci,sah dan ada dalam lingakaran syariat.


Sekiranya hal ini terjadi kepada kita,mampukah kita melakukannya?? Sanggupkah kita seperti mereka? Sukar dibayangkan, apatah lagi dilakukan, kecuali bagi mereka. Mereka dipilih oleh Allah, manusia didikan Rasulullah dan manusia-manusia yang tinggi darjatnya.


Adakah kita akan menemukan orang-orang seperti mereka? Yang sering kita dengar adalah orang yang sering menghalalkan segala cara, tidak mengindahkan agama hanya demi cinta sang kekasih pujaan hati.Nauzubillahiminzalik..

Katakanlah,"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. 
                                                                                              At-Taubah 9:24


Walaupun Abdurahaman dan Atikah berpisah, tapi mereka tidak ada rasa benci, marah ataupun dendam di antara mereka. Kecintaan mereka berdua tetap melekat pada diri masing-masing, mereka saling rindu dan merindukan satu sama lain. Teladan mulia dari sahabat yang mulia. Mereka berpisah bukan kerana tidak sepadan, bukan kerana benci atau ada ketidaksefahaman, tetapi kerana saling menyayangi dan mencintai.



Abdurahman adalah pemuda yang soleh dan Atikah adalah seorang wanita yang solehah, berbudi pekerti luhur, bersifat pemalu dan lembut kala bertutur kata. Begitu kuat cinta antara keduanya.Begitu kuat cinta Atikah kepada suaminya dan begitu pula cnita Abdurahman kepada Atikah. Suatu hari, Abdurahman bermunajat kepada Allah untuk mengadukan perasaan hatinya dengan syair,

Demi Allah tidaklah aku melupakanmu
walau matahari kan terbit meninggi
dan tidak berurai air mata merpati itu
kecuali berbagi hati

Tidak pernah kudapatkan orang sepertiku
menolak orang seperti dia
Dan tidaklah orang seperti dia
ditalak kerana dosanya

dia berakhlak mulia, beragama,
dan bernabikan Muhammad
Berbudi pekerti tinggi
bersifat pemalu dan halus tutur katanya


Melihat kesediahan dan tangis Abdurahman, Abu Bakar berasa hiba. Timbul rasa kasihan melihat anaknya menderita. Akhirnya ia berkata, 
"Wahai anakku,rujuklah engkau kepadanya kalau memang engkau tidak dapat melupakannya"
Keduanya diizinkan kembali rujuk dan mereka pun kembali hidup dalam naungan cinta Allah dan RasulNya. Mereka harungi hidup denga penuh kebahagiaan.



Kisah di atas adalah sebuah illustrasi yang memberikan gambaran agar kita berjiwa besar, berlapang dada, dan sentiasa husnuzhan kepada Allah SWT. Apalagi ketika mengalami kegagalan cinta, ditolak lamaran misalnya. Kita tidak sakit hati, tertekan, apalagi bunuh diri. Tetap lapang dada, berjiwa besar, dan memahami bahawa ini adalah yang terbaik dari Allah.

Jadi bagaimana dengan posisi orang yang ditembak,padahal telah berusaha bersikap wajar dan halus dalam menolak cinta agar tidak terjadi pemusuhan, tetapi si dia-penembak-tidak mahu menerima kenyataan,yang pada hujungnya malah memusuhi?


Jika hal demikian terjadi,ada nasihat dari Ustaz Solehudin Fadjri,beliau berkata ,
" ana saudara antum,antum saudara ana. Walaupun antum tidak menganggap ana saudara, ana tetap menganggap antum sebagai saudara"

"Dan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah aku kepada Allah, sesunggunnya Allah amat berat siksaNya"
                                                                                                      Al-Maidah 5:2


Semoga Allah memberikan hikmah, kekuatan dan kemampuan berlapang dada, rela hati dan ikhlas di saat Allah mentakdirkan untuk berpisah. Semoga kita memaknai pertemuan dan perpisahan sebagai kehendak Allah dan yakin bahawa Allah memberikan yang terbaik buat kita. :)




from the book,





book?yup..best kan? :)) ...mestilah penulis yang hebat yang tulis..namanya  Zauhari Al-Zanki. Orang Indonesia. Buku ini mengandungi banyak nasihat dan kisah kisah yang best dan memimbing sesiapa yang sedang dilamun cinta agar tidak tersasar dari landasan agama. penulisan yang bercorak santai, mampu menarik minat para remaja untuk membacanya..
haha,jual buku lak aku ni...encik Zauhari Al-Zanki kena bagi buku free lagi satu kat saya nih.hehe,bisa ngak?? :)


back to the story...sedih kan kalau kena berpisah,bercerai dengan orang yang tersayang? mereka lagi sedih sebab perlu berpisah selama lamanya,tapi mereka akur, sebab mereka taat kepada Allah..last last kan dapat bersama balik..sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


"mintalah padaKu,nescaya akanKu perkenankan"


kita??hanya perlu berpisah seketika kerana mengejar cita cita dan keredhaanNya. we disappear a second,and will be back forever,insyaAllah.


apa apapun..kita semua tak dapat nak elak bila Allah dah membuka pintu hati kita untuk seseorang. Tapi kita harus mengawalnya dengan baik, jangan biar nafsu yang kawal kita,kita yang King,kitalah yang kena kawal nafsu. risau nanti cinta tu tak kemana pun..biarlah cinta kita sentiasa diredhai Allah..

 
saya nak jadi....

 

so saya tak nak hampakan harapan ibu bapa..
mak ayah,abang hargai semua jasa dan pengorbananMu
sungguh nih,
mak ayah takyah risaw sangat kat abg?
doakan abg..



*mak ayah tak baca blog..*
:((


aku : mak...bacalah blog abg..
mak : apa dia menatang blog blog tu?aku tak taw aih..
aku: dia macam,abg tulih tulih, bagi orang baca..mak baca gak eh..
mak : mak nih bukan nampak sangat dah aih..menatang apa mung tulih ni?
aku : hehe...

*dialog rekaan yang aku tataw nak sambung dah..*

akhir sekali~!!




Filed Under:
Similar Videos
3 Comments
avatar

salam kasyah, wahhh..tukar template lagi dowh..takpe2, raudhah dulu pun camni gak =)

erm, raudhah dah dapat folo kasyah *8. BTw, syukran sgt2 sbb letak ana dlm bloglist kasyah.

berkenaan n3 ni, I really hate couple sbb
- HARAM
- POINTER DOWN GILER
- PELAJARAN TERABAI
- MAK DAN FAMILI MARAH
- EMOSI BLH JD TAK STABIL AKA BOLEH MERENG
- MEMBAZIR DUIT, MASA, TENAGA, AKAL FIKIRAN
- SYAITAN PUN BERSORAK ...HOOOOYEAHHHH, DAH JD GENG AKU!

tamat! haaaa ..kasyah tu ape maksudnya?

Reply
avatar

erm..mungkin leh tambah satu lagi sebab.sebab utama adalah Allah tak suka perbuatan tu.
lepas tu baru la datang nya asbab2 lain.
just my little thought. =)

Reply
avatar

semua komen-komen diatas semuanya betol-betol belaka.huhu.

Raudhah : thnks a lot of a lot..haha fhm x ni..ermm mksud kasyah yer..ermm.maaf yer nma kasyah ni smthing special pd saya.nama y memotivated pd saya.really special la.secret la.huhu.ok raudhah.

love : amboi nama pon dh mngancam ni.huhu.tahu xpe.Allah mmg x suka.

p/s:jadi kalau solo lagi cepat2 la kawin.huhu

Reply

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...