Sujud Syukur Ku

Views:
Video Information

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Sudah dua tiga hari aku rasa tegang pada dada.Kadang-kadang sungguh susah untuk bernafas.Beginilah hidup aku setiap hari sejak 8 bulan yang lalu.Alhamdulilah aku mampu lagi untuk bertahan.Namun dua tiga hari ni.aku terasa sangat tidak larat.Untuk bangun menunaikan solat fardhu pun aku memaksa 4 tulang kerat ku supaya gagahkan diri juga.

Selepas berwhuduk aku terasa semacam nak terjatuh.Pening..Berputar rasanya.sakit nya dalam kepala.Aku gagahkan diri memapah dinding hingga ke bilik.Aku pun tidak tahu adakah sakit ini mampu aku tanggung ?..Terasa Hangat saja pada kelopak mata.Namun aku tahan.SABAR itu lebih penting.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Terlintas juga Difikiran aku "Ya Allah, Kiranya Mati itu Baik UntukKu, aku Redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin Mendengar kata-kata semangat dari Rasulullah s.a.w. sendiri." itu saja yang mampu aku fikirkan untuk menenagkan hati ini..Oh Allah.berikan aku kesabaran yang tinggi darjatnya, setinggi kesabaran mukmin yang sejati.



~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Disaat berduka itu hati bersuara supaya kita kmbali mencari di mana kita berpijak..megenal siapa pencipta yg sentiasa ada disaat kita merayu, meratap, meminta pertolongan..Namun penantian itu tetap akan mmbuahkan hasilnya..Jangan pernah mengeluh dengan setiap kedukaan yg dialami.Percayalah hidup tidak selamanya dlm kesedihan.

Putaran dunia mmberi kita 1 garis panduan supaya kita tidak lupa diri jauh dri NYA.Dengan itu tuhan memberi kita cubaan yg kita mmpu menanggungnya.Tuhan tidak kejam untuk memberi sesuatu yg tidak mampu kita pikul.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Percayalah setiap insan yg diduganya dan diberi cubaan itu adalah antara hamba2 yg terpilh untuk sentiasa dekat dengan-NYA..

AKU SUJUD SYUKUR padaMU Ya ALLAH...


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Engkau Maha Pengampun Maha Mengasihani..Permudahkan urusan ku di muka Bumi ini Ya Allah..
Tiada kata seindah berzikir kpd mu Ya Allah.Penantian hari ini memberi ku ketenangan walaupun tidak sepenuhnya.Namun ak tahu inilah hasilnya seandainya kita sebagai khalifah sentiasa mengamalkn.
USAHA-DOA-TAWAKAL-REDHA

Biarpun kadang2 kita ditimpa musibah anggaplah musibah itu adalah jalan supaya kita tidak jauh darinya Yang Maha Mencipta.Setiap nafas dan nyawa ini milikmu Ya Allah..Aku hanya peminjam yg Hina, kdg2 tidak menggunakan nikmat ini dengan sebaiknya dan sepatutnya untuk menuju destinasi cintaMU yg ABADI,,

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ingin kutitip Untaian kasih yg merintih ini, namun hatiku berbisik.


"lihatla hakikat dirimu yg sungguh jauh dari jalan itu.Lantaran itu aku kemudi bahtera belayar menuju ke detinasi itu.Biarpun kadang2 aku karam dek samudera yg ganas menerjah.Aku tetap meredah biarpun bayu bersuara.Agar aku bisa bersemadi dengan kenikmatan yg selamanya..agar aku sntiasa berada di bawah naungan kasih yg abadi.Agar aku jauh dari keasyikkan yg bakal merosakkan jasad aku.Yang bakal menjadi makanan duniawi."

Oleh itu aku sujud syukur padamu Ya Allah.Dengan kenikmatan yg aku perolehi selama ini jika dibandingkan dengan sakit yang aku rasai ini.Segalanya sungguh indah dariMU Ya Allah.Tiada bahasa yg dapat ku~Ungkap~kn.Tiada pena yg dapat~ku coretkan untuk Aku meluahkan rasa SYUKUR ini...

Syukur Alhamdullilah.........
Filed Under:
Similar Videos
3 Comments
avatar

Assalamualaikum..
berat nafas mendengar luahan hati..tp berat mata yang memandang ,tak dapat menandingi berat bahu yang memikul...
semoga kasyah sentiasa bersabar dan dapat mengharungi liku2 dalam limpah dan rahmatNya..
InsyaAllah..di kejauhan sy doakan semoga kasyah dapat bertahan..

Reply
avatar

nampaknya entry kali ni sedikit sebanyak dapat inspirasi dari cerita seorang ukhti yang mimpi bertemu rasulullah, i guess. is it?
"Ya Allah, Kiranya Mati itu Baik UntukKu, aku Redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin Mendengar kata-kata semangat dari Rasulullah s.a.w. sendiri."
this words sounds familiar. baru semalam sy baca entry cerita ukhti tu buat kesekian kali nya, hari ni seolah2 baca lagi entry yg sama namun dengan situasi berbeza mengikut keadaan anda.
xde pe nak cakap, cuma satu, jangan pernah merasa lemah, kerana bersama mu ada kekuatan dari doa sahabat2 mu.insyaAllah.

Reply
avatar

Khilafini : Maseh.Insyallah..

Ecalzz : yup.1 cerita y sy baca pada bulan lepas.kisah seorang penuntut UIA y brmimpi Bertemu Rasulullah.

ayt itu la Y sy tanamkan dlm hati tika saya merasa sakit y tdk terperi.tp siapa la sy.

Buat sahabat smua terima kasih. :)

Reply

Jana Pendapatan,Tanpa Modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...